Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

N.I.K.A.H Part 1. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ "Adalah sekalian perempuan-perempuan muda akan datang menjadi isteri dan ibu " Hai perempuan-perempuan yang ber'aqal , adalah kenyataan hal-hal engkau, tak dapat tiada engkau akan lihat akan dia pada akhirnya kelak. Maka dari sebab itu, hendaklah engkau bersedia bagi diri engkau pada masa akan datang, supaya menetapkan hati dan melapangkan dada engkau, kerana tiada berkekalan engkau seperti yang ada ini, dan tiadalah selama-lamanya diri engkau itu kecil sahaja, tetapi akan datang pada suatu masa, tidak dapat tiada engkau diberati akan berkhidmat

Pesan Redha dan Sabar. :')

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Terkadang, Allah menghadirkan hamba-Nya datang meminta nasihatmu buat dirinya. Lalu engkau berpesan kepadanya agar menghadapi  ujian yang sedang dilaluinya  dengan hati yang penuh redha dan sabar kepada Allah Taala, kerana sesungguhnya disaat itu Allah sedang ingin menaikkan martabat hamba-Nya sedang engkau redha dan terus bersabar. Dalam bersabar, pasti tidak mudah, hatimu bagai dihiris-hiris, sakit. Namun engkau menelannya dengan air mata redha dan sabar, tinggi pula sangka baikmu kepada Allah.  Lalu engkau membisikkan,  "apa-apa yang dikehendaki Allah past

Sirah Pemuda yang Menjaga Pandangan Matanya.

Dalam syarahan kitab anak kunci syurga, bab rukun solat (membaca al-fatihah), syeikh berkata: “Rebutlah peluang pengampunan dosa disaat kita menyebut aamiiinn selepas membaca al-fatihah didalam solat kita. Kerana kita terlalu banyak dosa. Dosa yang kecil itu jangan selamanya dipandang kecil kerana dosa yang kecil apabila dikumpul maka jadilah ia dosa besar. Melihat aurat wanita bukan mahram itu berdosa. Terkadang kita selalu  memandang remeh soal ini.” Kemudian syeikh bercerita tentang sirah seorang sahabat nabi yang bernama Abdul Rahman Bin Tsa’labah. Suatu hari rasulullah memintanya untuk membeli barang. Beliau adalah pembantu rasulullah maka beliau pun pergi membeli barang tersebut. Semasa didalam perjalanan hendak membeli barang, beliau melalui sebuah rumah  dan tidak semena-mena datang pula angin yang menyebabkan terselaknya kain dipintu rumah tersebut. Lalu terlihatlah oleh Abdul Rahman Bin Tsa’labah akan aurat seorang wanita yang sedang berkemban tanpa sengaja. Ke

Penyejuk Hati (Kalam Ulama') - Part 1 :)

Setelah sekian lamanya tak buka dan baca telegram di group kalam ulama’, berpuluh-puluh, beratus-ratus notifications tak dibaca. Huhuhu. Kalam ulama’ ibarat air sejuk yang melegakan tekak, menghilangkan kehausan, menyegarkan badan. Kalam ulama’ menyejukkan hati, menarik hati kembali ke jalan yang benar. "Berkhidmat kepada kedua orang tua, akan menjadi penebus bagi dosa-dosa besar." [Imam Ahmad ibn Hanbal رحمه الله تعالى] "Jawatan adalah perantara. Akan tetapi tujuan utama adalah dakwah dan khidmat kepada penghulu dakwah iaitu Saiyyidina Muhammad ﷺ." [Habib Abu Bakar Al-Adni bin Ali Al-Masyhur] "Barangsiapa ingin berkhidmat demi Islam, perlu sedia menerima penderitaan di mana jua dia berada." [Habib Ali Al-Jufri] "Sebaik-baik khidmat di muka bumi ini adalah khidmat berdakwah kepada agamaNya. Usia muda adalah sangat kritikal / penting kerana ianya adalah usia yang mudah tergoda dengan bisikan syaitan dan hawa nafsu." [Hab

Muslimat Sentiasa Bersama Dalam Medan Perjuangan Islam. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Wahai muslimat. Semoga Allah menjadikan kamu wanita yang alim dan pendidik yang solehah. Lelaki itu seorang, tetapi wanita itu ummah, kerana dialah yang melahirkan lelaki.  Dialah isteri, dialah ibu, dialah anak perempuan. Wanita. Kamu adalah pengasas masyarakat, kamu adalah pengasas segala-galanya. Oleh kerana itu, jagalah dirimu sebaik-baiknya, janganlah kamu menghina dirimu sendiri dengan perbuatanmu. Dan janganlah jadikan hidup kamu semata-mata hidup untuk memasak, makan dan minum. Hidup kamu lebih besar daripada itu. Hidup kamu untuk mendidik generasi, mencipta para ulama’. Tanggungjawabmu agung, bukan sekadar untuk memasak, membuat pakaian, menjahit atau membersihkan rumah. Kamu mampu melahirkan generasi alim yang akan menyelamatkan ummah. Sekarang, disaat aku menyampaikan taujihad ini, ganjaranku berada disini semuanya untuk ibuku, untuk isteriku kerana melepaskan aku disini dengan sabar, untuk an

Jaulah Meneladani Keperibadian Sayyidah Fatimah az-Zahra (Part 2) :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Proses Kelahiran Sayyidah Fatimah az-Zahra Diriwayatkan bahawasanya, sesungguhnya Nabi saw bersabda : "Jibril datang kepadaku membawa buah epal dari syurga. Maka aku memakannya dan kemudian bergaul dengan Khadijah, kemudian Khadijah mengandungkan Fatimah zahra seraya berkata Khadijah : "Sungguh aku telah mengandung dengan kandungan yang ringan (tiada beban sedikitpun)". Maka ketika Khadijah hendak melahirkan, beliau mengutus kepada para wanita Quraisy supaya mereka datang kepada Khadijah untuk membantunya proses persalinannya. Namun mereka tidak melakukannya. Kemudian para wanita itu mengatakan : "kami tidak akan datang memenuhi panggilan engkau kerana engkau telah menjadi isteri Muhammad saw". Maka pada saat-saat seperti itu, tiba-tiba masuk menemui Khadijah empat orang wanita dengan paras yang rupawan dan bercahaya yang tidak dapat digambarkan. Maka salah seorang daripada ke empat mereka berkata : "Aku adal

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. Nota: Syeik

LTK Dulu, Kini dan Selamanya! :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hmm. Minggu nie adalah minggu ‘berduka-cita’ buat budak-budak degree tahun akhir. Maka bertebaranlah mereka menuju ke bumi pilihan masing-masing membawa haluan hidup selepas kampus. Dan penuh la notification di ruang status WhatsApp, wall facebook dengan  ucapan daripada adik-adik muslimat meluahkan rasa sedih, hiba dsb atas perpisahan dengan senior-senior. Semalam sempat sembang-sembang kejap masa iftar dengan beberapa ketul budak-budak tahun akhir (khai, harliana, ecah) yang masih tak balik lagi.  Macam-macam planning depa, ada yg nak balik perak terus dah (si harliana), ada yg nak balik kedah tapi hati terpaut dengan gelang patah (khai).  Maka jawapannya adalah istikharah dan mohonlah agar Allah menempatkan kita ditempat yg diberkati. “Harliana, jom jalan! Malam masih muda~” “Haha, jom kak!” Asalnya nak sembang-sembang buat kali terakhir. Konon nak pergi danga bay, nak tengok Singapore tepi laut, nak itu ini. Tapi

Jaulah Meneladani Keperibadian Sayyidah Fatimah az-Zahra (Part 1) :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Yaa syaikhana.. ya syaikhana.. Syaikh Ibrahim Masran.. Ya habibana.. ya habibana.. nuhibbukum fillah.. Antum mursyiduna.. antum thobibuna.. Murabbi ruhina.. Allah yahfazukum.. Duhai tuan guru.. duhai tuan guru.. Syeikh Ibrahim Masran.. Engkau pemimpinku, engkau pembimbingku, ku mengasihimu.. Engkaulah sinaran.. dalam kegelapan.. Engkaulah minuman.. dalam kehausan.. Tegas ajaranmu, lembut didikanmu, melentur jiwaku.. Mengajarkan ilmu, tanpa rasa jemu, hilangkan jahilku.. Engkaulah penyuluh.. dalam kesamaran.. Engkaulah perungkai dalam kekusutan.. Mengenalkan Tuhan.. rasa kehambaan.. adab kesufian.. Mencintai nabi, indahkan rohani, murni dari hati.. Engkaulah penunjuk.. jalan kebenaran.. Engkaulah pembimbing.. jalan keedhoan.. -Qasidah ya Syaikhana Syaikh Ibrahim Masran- (Pondok Ledang, Ramadhan 2017) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhhh.. phew~ Allah.. lama banget nie tak menulis di