Skip to main content

Jaulah Meneladani Keperibadian Sayyidah Fatimah az-Zahra (Part 2) :)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Proses Kelahiran Sayyidah Fatimah az-Zahra

Diriwayatkan bahawasanya, sesungguhnya Nabi saw bersabda : "Jibril datang kepadaku membawa buah epal dari syurga. Maka aku memakannya dan kemudian bergaul dengan Khadijah, kemudian Khadijah mengandungkan Fatimah zahra seraya berkata Khadijah : "Sungguh aku telah mengandung dengan kandungan yang ringan (tiada beban sedikitpun)". Maka ketika Khadijah hendak melahirkan, beliau mengutus kepada para wanita Quraisy supaya mereka datang kepada Khadijah untuk membantunya proses persalinannya. Namun mereka tidak melakukannya. Kemudian para wanita itu mengatakan : "kami tidak akan datang memenuhi panggilan engkau kerana engkau telah menjadi isteri Muhammad saw". Maka pada saat-saat seperti itu, tiba-tiba masuk menemui Khadijah empat orang wanita dengan paras yang rupawan dan bercahaya yang tidak dapat digambarkan. Maka salah seorang daripada ke empat mereka berkata : "Aku adalah ibumu, Hawa" dan berkata yang lainnya, "Aku adalah Asiah binti Muzahim". Kata yang lainnya "Aku adalah Kulthum (saudari dari Nabi Isa)". Dan berkata yang lainnya, "Aku adalah Maryam binti Imran". Kemudian mereka berempat mengatakan, "Kami datang untuk membantu dalam urusan  engkau". Maka lahirlah Fatimah dalam keadaan sujud sambil mengangkat jemari tangannya"

-Kitab Dakhoirul Uqba Karya At-Thobari halaman 58, cetakan Pertama Thn 2006M/1427H, terbitan Daarul Kutub Al Ilmiyyah-

Sayyidah Fatimah az-Zahra adalah nama yang tidak asing lagi. Beliau adalah sosok wanita agung puteri kepada Rasulullah saw ibunya adalah Sayyidah Khadijah binti Khuwailid. 

Salam ke atasmu wahai puterinya Baginda Rasulullah. Salam keatasmu wahai isterinya wali Allah dan sebaik-baik ciptaan selepas Rasulullah. Salam keatasmu wahai bondanya al Hassan dan al Husin, penghulu para pemuda syurga. Salam keatasmu wahai wanita yang telah diiuji oleh Pencipta dan telah menempuh ujian tersebut dengan penuh kesabaran. Salam keatasmu wahai bonda az-Zahra yang sentiasa tunduk bersimpuh lembut dibawah naungan kerahmatan dan keberkahan Tuhan alam semesta.

-Dipetik dari kitab Puteri Nombor Satu : Sayyidah Fatimah az-Zahra-

Bentuk Perjuangan Sayyidah Fatimah az-Zahra

Sayyidah Fatimah adalah orang yang paling dekat dengan nabi Muhammad saw. Puteri tercinta nabi dan dari beliaulah nabi mempunyai keturunan yang disebut ahlul bait rasulillah saw. Sayyidah Fatimah az-Zahra mempunyai kemuliaan dan semua tingkah lakunya mirip dengan Rasulullah saw. Akhlak beliau adalah akhlak rasulullah. Dan batang tubuh ini telah banyak dilupakan oleh para wanita zaman ini. Mereka hanya mengenal tidak lain hanyalah namanya sahaja, bahkan ada juga yang tidak pernah tahu bahawa Sayyidah Fatimah adalah puteri rasulullah. Maka, hendaklah para wanita menjadikan puteri Rasulullah sebagai suri tauladan. Jangan jadikan orang yang jauh dari rasulullah sebagai idola kita kerana nanti dia akan menjadikan kita lupa kepada Nabi Muhammad saw.

Sayyidah Fatimah az-Zahra, beliau adalah peneman rasulullah di awal-awal perjuangan Nabi saw. Nabi Muhammad sentiasa ditemani Fatimah disaat memasuki perkampungan di kota Mekah. Kedekatan Sayyidah Fatimah tidak seperti puteri rasulullah yang lainnya. 

Sayyidah Fatimah sering diberi khabar gembira dari Nabi bahawasanya beliau adalah ahli syurga. Wanita ahli syurga, pemimpinnya adalah Sayyidah Fatimah az-Zahra. Dimasa kecil, beliau sentiasa menemani ayahnya. Beliaulah yang membersihkan kotoran binatang yang ditumpahkan keatas kepala Rasulullah. Pada suatu ketika, Fatimah menemani rasulullah yang pada saat itu rasulullah dipukul oleh orang kafir Quraisy, dalam riwayat sehingga geraham baginda sampai jatuh dan pelipisnya retak, namun disaat itu rasulullah masih terus menyampaikan kebenaran hingga ditegur oleh Fatimah yang ketika itu usianya 7-8 tahun, katanya : "Wahai ayah, ada darah di pelipismu". Itulah dia Sayyidah Fatimah, melihat perjuangan ayahnya. Begitu juga dalam perang Uhud, Nabi saw pada ketika itu mengalami luka-luka yang berat dan dirawat oleh puteri baginda Fatimah, beliaulah yang membersihkan darah rasulillah, yang meletakkan ubat di luka rasulillah, yang memapah rasulullah ketika mencari tempat yang aman dari musuh. Jadi, perjuangan Sayyidah Fatimah az-Zahra adalah sepeti itu, peneman rasulullah dalam perjuangan islam.

-Buya Yahya-

Sekian. InsyaAllah, akan bersambung...







Comments

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Jaulah Meneladani Keperibadian Sayyidah Fatimah az-Zahra (Part 1) :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Yaa syaikhana.. ya syaikhana.. Syaikh Ibrahim Masran.. Ya habibana.. ya habibana.. nuhibbukum fillah.. Antum mursyiduna.. antum thobibuna.. Murabbi ruhina.. Allah yahfazukum.. Duhai tuan guru.. duhai tuan guru.. Syeikh Ibrahim Masran.. Engkau pemimpinku, engkau pembimbingku, ku mengasihimu.. Engkaulah sinaran.. dalam kegelapan.. Engkaulah minuman.. dalam kehausan.. Tegas ajaranmu, lembut didikanmu, melentur jiwaku.. Mengajarkan ilmu, tanpa rasa jemu, hilangkan jahilku.. Engkaulah penyuluh.. dalam kesamaran.. Engkaulah perungkai dalam kekusutan.. Mengenalkan Tuhan.. rasa kehambaan.. adab kesufian.. Mencintai nabi, indahkan rohani, murni dari hati.. Engkaulah penunjuk.. jalan kebenaran.. Engkaulah pembimbing.. jalan keedhoan.. -Qasidah ya Syaikhana Syaikh Ibrahim Masran- (Pondok Ledang, Ramadhan 2017) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhhh.. phew~ Allah.. lama banget nie tak menulis di ...

'La Taqnatu, Usah berputus asa!'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Rasulullah saw bersabda : "Insan sempurna dari kalangan lelaki itu ramai. Tiada sempurna daripada wanita kecuali empat iaitu Khadijah Binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad, Asiah Binti Muzahim dan Maryam Binti Imran. Kelebihan Aisyah berbanding wanita lain pula umpama tsarid berbanding makanan selainnya." "Siapa kita hendak berputus asa dengan diri sendiri jika Allah Taala tidak pernah berputus asa dengan hamba-hamba-Nya" Ketahuilah hai diri, tidak ada noktah perjuangan dalam menjadi mawar agama.  "Selagi mana kita...