Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Nasihat Buat Penuntut Ilmu.

Wahai si penuntut ilmu, berkorbanlah. Kalau perlu berpuasa untuk beli kitab, berpuasalah. Kalau perlu berniaga agar dapat musafir bertalaqqi dengan guru, berniagalah. Kalau perlu menahan sedikit lapar agar dapat hadir ke daurah-daurah ilmu yang jauh, bertahanlah. Kalau perlu tidur 2,3 jam saja sehari berjaga malam untuk faham satu-satu bab, lakukanlah. Kalau perlu baca berpuluh kali bahkan ratusan kali untuk hadam sesuatu permasalah, bacalah. Kalau perlu solat sunat berkali-kali agar daya fokus makin tajam, solatlah. Kalau perlu menyemak puluhan mu'jam untuk faham satu perkataan, semaklah. Kalau perlu bertemu puluhan guru untuk faham sesuatu bab, lakukanlah. Perjalanan menuntut ilmu ini terlalu panjang. Tubuh pasti penat, mata pasti letih, tapi insyaAllah jiwa pasti tenang. Dan kalau perlu menangis kerana letihnya menuntut ilmu, menangislah. InsyaAllah di situ adanya kekuatan. Hidup tanpa ilmu bagaikan malam tanpa bintang. C/p

'Hadiah' buat anak usrah yg disayangi, Nurul Ain. :)

Assalamualaikum. Post kali nie merupakan 'hadiah' special khas buat Nurul Ain. Mula-mula kenal budak nie masa meeting JT LTK. Dia junior saya. Haha (Baik budak nie~). Soalan pertama yg saya dapat dari budak nie adalah.. "Assalam kak. Sejak saya duduk JT nie, saya rasa sikap saya dah berubah lah kak. Erm. saya jadi macam tegas, garang, sampai ada beberapa sahabat muslimat yg saya rapat perasan perubahan sikap sy nie. Akak rasa macam mana?" Hmm.. First time ada junior tanya soalan gini, selalunya junior tanya macam mana nak buat tamrin.. Jabatan Tamrin (JT) merupakan antara jabatan yg terkenal dengan 'kesibukannya'. Sibuk dengan tamrin-tamrin yang sentiasa bertali arus dan berulang-ulang setiap semester, meeting bertingkek-tingkek perlu dihadiri. Fuh~ Bila handle program, mula lah berhadapan dengan kerenah AJK, (ahli).  "Alah~ AJK ahli kot, apa yg payah nya. Mesti dah fahamkan~ " Ya, benar. Memang dah faham. Namun, keikhlasan itu ben