Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Tholibul Ilmu penuh makna bersama para 'Bidadari Bumi'. :)

ya Rasulullah, kami rindu padamu. :') Hari yg ditunggu telah tiba, 12-13 Jan 2017. Tholibul Ilmu Muslimat bersama Ustazah Fatimah Jindan, mengaji kitab solat orang-orang soleh. Subhanallah, ramai sgt yg dtg. Hampir 200 orang, ada yg datang dari KL, Muar, Singapore. Barakallahufik. Siapa yg pernah mendengar pengisian ustazah, pasti, pasti jatuh hati dgn beliau. Pernah dalam sesi soal jawab, ustazah ditanya, bagaimana utk menyampaikan pengisian yang menyentuh hati pendengar. Jawab ustazah. “kalian harus tahu bahawa niat menyampaikan utk menyentuh hati pendengar itu tidak dibolehkan. Hanya satu sahaja niat, sampaikan kerana Allah, lillah. Kalian harus menyayangi mereka dan sampaikan nasihat buat dirinya semata-mata ingin menyelamatkan mereka dari neraka. Perkara yg dari hati, pasti sampainya ke hati” Ustazah mendapat  tarbiyyah langsung drpd Habib Umar dan  hubabah Nur (zaujah Habib Umar). Sungguh, banyak akhlak mulia yg dapat dikutip dari diri beliau. Umur ustazah kira-kira