Skip to main content

Tholibul Ilmu penuh makna bersama para 'Bidadari Bumi'. :)

ya Rasulullah, kami rindu padamu. :')

Hari yg ditunggu telah tiba, 12-13 Jan 2017. Tholibul Ilmu Muslimat bersama Ustazah Fatimah Jindan, mengaji kitab solat orang-orang soleh. Subhanallah, ramai sgt yg dtg. Hampir 200 orang, ada yg datang dari KL, Muar, Singapore. Barakallahufik. Siapa yg pernah mendengar pengisian ustazah, pasti, pasti jatuh hati dgn beliau. Pernah dalam sesi soal jawab, ustazah ditanya, bagaimana utk menyampaikan pengisian yang menyentuh hati pendengar. Jawab ustazah.


“kalian harus tahu bahawa niat menyampaikan utk menyentuh hati pendengar itu tidak dibolehkan. Hanya satu sahaja niat, sampaikan kerana Allah, lillah. Kalian harus menyayangi mereka dan sampaikan nasihat buat dirinya semata-mata ingin menyelamatkan mereka dari neraka. Perkara yg dari hati, pasti sampainya ke hati”

Ustazah mendapat  tarbiyyah langsung drpd Habib Umar dan  hubabah Nur (zaujah Habib Umar). Sungguh, banyak akhlak mulia yg dapat dikutip dari diri beliau. Umur ustazah kira-kira dlm 30-an, cantik berseri wajahnya tanpa sebarang make-up, berburqa hitam, menutupi tubuh beliau. Wanita yg sangat menjaga kehormatan diri. Sepanjang pengajian, tidak dibenarkan utk mengambil gambar dan merakam suara ustazah. Naam, inilah serba sedikit gambaran yg dapat diberikan tentang ustazah.

Gembiranya tengok makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik yg begitu bersemangat dan teruja menuntut ilmu. Setibanya ustazah, kami sama-sama berdiri membaca qasidah thola'al badru alaina.

طَلَعَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Wahai bulan purnama yang terbit ke atas kita


مِنْ ثَنِيَاتِ الْوَدَاعْ
Dari lembah al-Wada’


وَجَبَ الشُّكْرُ عَليْنَا
Dan wajiblah kita mengucapkan kesyukuran


مَادَعَى لِلّٰهِ دَاعْ
Terkabullah doa nabi

Allahu, sebaknya rasa. Inilah syair yg didendangkan oleh kaum ansar ketika  menyambut hijrahnya saidina rasulullah ke kota madinah, dengan penuh rasa syukur dan gembira.

Alhamdulillah, Allah bg peluang bersalam dgn ustazah. Terharunya, Allahu.. Selama nie jeles dgn muslimin, dapat duduk dgn syeikh, dapat salam, peluk, cium syeikh, dapat minum lebihan air syeikh. Beruntunglah bagi orang yg benar-benar menghargai dan mensyukuri nikmat itu. Mengharapkan keberkatan orang-orang soleh mengalir di tubuh kita. Kami muslimat dapat pandang je lah dari jauh. Bersalam dgn ustazah, hanya berjabat tangan. Siapa yg nak cium tangan ustazah, serta-merta ustazah tarik. Tapi kalau ada orang tua yg nak cium tangan ustazah, ustazah akan tarik cepat-cepat dan kucup tangan orang tua. Dah banyak kali try nak cium tangan ustazah. tapi, masih gagal. fuhh~

solat itu tiang agama. inilah kalimat yg sering didengari, kalimat yg sering berputar-putar dalam kamus hidup masing-masing dari zaman kanak-kanak sampai la nie dah 'tua bangka' (tuju ke diri sendiri). namun, kamu sendiri pun tahu macam mana kadar khusyuk kamu dalam solat, kamu sendiri boleh nilai sejauh mana kamu benar-benar  menghayati bahawa 'solat itu tiang agama'.

Solat itu adalah kegemarannya rasulullah. Hobi nabi saw. Kerana nabi merasakan ketenangan yg teramat ketika solat. Ada satu sirah yg ustazah ceritakan tentang seorang muslimin bernama Thauban, yg berkhidmat kepada rasulullah. Khidmat beliau kpd rasulullah adalah menyediakan air wudhuk buat nabi setiap hari. Sehingga pada suatu hari rasulullah bertanya kepada beliau.

“ya Thauban, katakanlah apa yg kamu mahu”.
Jawabnya.
“ya rasulullah, aku ingin bersamamu disyurga kelak”.
Jawab rasulullah. 
“jika begitu, bantulah aku untuk menunaikan hajatmu dengan engkau memperbanyakkan sujud”

Apa yg diminta oleh Thauban ini merupakan sesuatu yg tinggi, ditempatkan didalam syurga Firdaus bersama rasulullah. Oleh kerana hajatnya bukan calang-calang, maka rasulullah meminta beliau utk memperbanyakkan sujud. memperbanyakkan sujud itu bermaksud, banyakkan solat. hebatnya Thauban, impiannya begitu besar. semalam masa usrah nusaibah, kak sarah baru pesan.

"dah sampai masanya untuk kita memiliki cita-cita yg 'besar-besar', yang 'tinggi-tinggi'. contoh, kalau kita seorang pendidik, kita punya impian mesti nak bawa murid-murid kita ke syurga. matlamat akhirat itulah yg terbesar."

dan rasulullah itu adalah orang yg paling besar jiwanya, besar matlamat. Allahu, ya rasulullah, rindunya padamu. kegigihanmu dalam dakwah untuk menyelamatkan umatmu di akhirat kelak. 

Ada lagi satu kisah yg menarik ustazah kongsikan. Kisah seorang habib yg ‘membesarkan dirinya sendiri’ di dalam kelasnya. Hee, pelik kan tajuknya. Kisahnya, habib nie bukannya orang pandai di dalam kelasnya. disaat semua pelajar sebaya beliau sudah naik kelas, tapi beliau masih tak dapat naik kelas sebab tak pandai. Sampai guru-gurunya mencadangkan agar beliau  berhenti belajar. Lalu beliau pun berhenti. Kemudian setelah beberapa tahun, beliau datang semula ke madrasah itu. Bukan untuk belajar, tetapi untuk mengajar. Tercengang guru-guru disana. kata mereka.

"Bagaimana engkau boleh jadi begini?"
Lalu habib menjawab.
"aku memperbanyakkan sujud lalu Allah memberikan ilmu-Nya" 

Bila dengar kisah orang-orang soleh, terubat jiwa. lebih-lebih lagi sirah rasulullah, perlunya untuk kita baca, tatapi, renungi, dihadamkan dan dihayati. kerana dunia ini adalah racun, mengingati rasulullah adalah penawarnya.

"solat itu adalah kepala bagi segala amalan. bahkan solat itu merupakan jalan untuk sampai kepada Allah, mengenal Allah."-kata ustazah fatimah jindan

ada 4 perkara yang perlu dijaga untuk khusyuk iaitu rukun, adab, syarat dan sunat solat. 4 perkara ini merupakan zahir solat yg perlu dijaga untuk mencapai khusyuk dalam solat kerana perkara zahir itu berkait dengan yg batin (khusyuk). khusyuk ketika wudhuk akan membantu untuk khusyuk dalam solat. boleh amalkan doa-doa yg diajarkan rasulullah ketika membasuh setiap anggota ketika berwudhuk.

Pesan ustazah, orang-orang soleh, mereka nak dapatkan solat yg sebegini (merujuk kepada kitab solat orang-orang soleh) mereka juga sentiasa berusaha. Apabila mereka terkeluar daripada landasan yg sebenar semasa solat, mereka kembalikan semula hati ke dalam solat mengingati Allah. Jangan pernah berputus asa atau merasa tak layak. Terus berusaha menjadi hamba yg bertaqwa kepada Allah. insyaAllah.

:)





Comments

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Jaulah Meneladani Keperibadian Sayyidah Fatimah az-Zahra (Part 1) :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Yaa syaikhana.. ya syaikhana.. Syaikh Ibrahim Masran.. Ya habibana.. ya habibana.. nuhibbukum fillah.. Antum mursyiduna.. antum thobibuna.. Murabbi ruhina.. Allah yahfazukum.. Duhai tuan guru.. duhai tuan guru.. Syeikh Ibrahim Masran.. Engkau pemimpinku, engkau pembimbingku, ku mengasihimu.. Engkaulah sinaran.. dalam kegelapan.. Engkaulah minuman.. dalam kehausan.. Tegas ajaranmu, lembut didikanmu, melentur jiwaku.. Mengajarkan ilmu, tanpa rasa jemu, hilangkan jahilku.. Engkaulah penyuluh.. dalam kesamaran.. Engkaulah perungkai dalam kekusutan.. Mengenalkan Tuhan.. rasa kehambaan.. adab kesufian.. Mencintai nabi, indahkan rohani, murni dari hati.. Engkaulah penunjuk.. jalan kebenaran.. Engkaulah pembimbing.. jalan keedhoan.. -Qasidah ya Syaikhana Syaikh Ibrahim Masran- (Pondok Ledang, Ramadhan 2017) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhhh.. phew~ Allah.. lama banget nie tak menulis di ...

'La Taqnatu, Usah berputus asa!'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Rasulullah saw bersabda : "Insan sempurna dari kalangan lelaki itu ramai. Tiada sempurna daripada wanita kecuali empat iaitu Khadijah Binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad, Asiah Binti Muzahim dan Maryam Binti Imran. Kelebihan Aisyah berbanding wanita lain pula umpama tsarid berbanding makanan selainnya." "Siapa kita hendak berputus asa dengan diri sendiri jika Allah Taala tidak pernah berputus asa dengan hamba-hamba-Nya" Ketahuilah hai diri, tidak ada noktah perjuangan dalam menjadi mawar agama.  "Selagi mana kita...