Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Penyejuk Hati (Kalam Ulama') - Part 1 :)

Setelah sekian lamanya tak buka dan baca telegram di group kalam ulama’, berpuluh-puluh, beratus-ratus notifications tak dibaca. Huhuhu. Kalam ulama’ ibarat air sejuk yang melegakan tekak, menghilangkan kehausan, menyegarkan badan. Kalam ulama’ menyejukkan hati, menarik hati kembali ke jalan yang benar. "Berkhidmat kepada kedua orang tua, akan menjadi penebus bagi dosa-dosa besar." [Imam Ahmad ibn Hanbal رحمه الله تعالى] "Jawatan adalah perantara. Akan tetapi tujuan utama adalah dakwah dan khidmat kepada penghulu dakwah iaitu Saiyyidina Muhammad ﷺ." [Habib Abu Bakar Al-Adni bin Ali Al-Masyhur] "Barangsiapa ingin berkhidmat demi Islam, perlu sedia menerima penderitaan di mana jua dia berada." [Habib Ali Al-Jufri] "Sebaik-baik khidmat di muka bumi ini adalah khidmat berdakwah kepada agamaNya. Usia muda adalah sangat kritikal / penting kerana ianya adalah usia yang mudah tergoda dengan bisikan syaitan dan hawa nafsu." [Hab

Muslimat Sentiasa Bersama Dalam Medan Perjuangan Islam. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Wahai muslimat. Semoga Allah menjadikan kamu wanita yang alim dan pendidik yang solehah. Lelaki itu seorang, tetapi wanita itu ummah, kerana dialah yang melahirkan lelaki.  Dialah isteri, dialah ibu, dialah anak perempuan. Wanita. Kamu adalah pengasas masyarakat, kamu adalah pengasas segala-galanya. Oleh kerana itu, jagalah dirimu sebaik-baiknya, janganlah kamu menghina dirimu sendiri dengan perbuatanmu. Dan janganlah jadikan hidup kamu semata-mata hidup untuk memasak, makan dan minum. Hidup kamu lebih besar daripada itu. Hidup kamu untuk mendidik generasi, mencipta para ulama’. Tanggungjawabmu agung, bukan sekadar untuk memasak, membuat pakaian, menjahit atau membersihkan rumah. Kamu mampu melahirkan generasi alim yang akan menyelamatkan ummah. Sekarang, disaat aku menyampaikan taujihad ini, ganjaranku berada disini semuanya untuk ibuku, untuk isteriku kerana melepaskan aku disini dengan sabar, untuk an