بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Wahai
muslimat.
Semoga
Allah menjadikan kamu wanita yang alim dan pendidik yang solehah.
Lelaki
itu seorang, tetapi wanita itu ummah, kerana dialah yang melahirkan lelaki.
Dialah
isteri, dialah ibu, dialah anak perempuan.
Wanita.
Kamu adalah pengasas masyarakat, kamu adalah pengasas segala-galanya.
Oleh
kerana itu, jagalah dirimu sebaik-baiknya, janganlah kamu menghina dirimu
sendiri dengan perbuatanmu.
Dan
janganlah jadikan hidup kamu semata-mata hidup untuk memasak, makan dan minum.
Hidup
kamu lebih besar daripada itu. Hidup kamu untuk mendidik generasi, mencipta
para ulama’.
Tanggungjawabmu
agung, bukan sekadar untuk memasak, membuat pakaian, menjahit atau membersihkan
rumah.
Kamu
mampu melahirkan generasi alim yang akan menyelamatkan ummah.
Sekarang,
disaat aku menyampaikan taujihad ini, ganjaranku berada disini semuanya untuk
ibuku, untuk isteriku kerana melepaskan aku disini dengan sabar, untuk anak
perempuanku kerana sanggup berjauhan dengan ayahnya kerana agama. Jadilah seperti
itu.
Hidup kerana Allah dan mati kerana Allah.
Jangan
membazir masa dan umur dengan perkarayang penuh kebencian, hasad dengki, umpat
mengumpat dan menyebarkan kata-kata yang menjadi kebiasaan orang perempuan. Jangan.
Jadikanlah
urusanmu kerana Allah, belajar dan mengajarlah kerana Allah.
Dan
berbanggalah kerana sesungguhnya Allah menjadikan ia sebagai sebab kamu berjihad
dijalan Allah. Ketika mana kamu menolong dan berkhidmat untuk agamamu, inilah
jihadmu.
(Syeikh Dr Khalis Ismail Ilyas)
Hidup ini akan
dirasakan tenang, indah dan nikmat hanya dengan kembali kepada matlamat
penciptaan yang sebenarnya seperti halnya yang telah diperintahkan Allah Taala.
Untuk itu duhai muslimat, carilah kefahaman tentang matlamat disebalik penciptaan
dirimu agar engkau berjalan diatas jalan yang diredhai Allah Taala.
Sayyidah Fatimah
az-Zahra dalam doanya menyebutkan,
“Ya Allah, kecilkanlah jiwaku di mataku dan
tampakkanlah keagungan-Mu kepadaku. Ya Allah, sibukkanlah aku dengan tugas yang
aku pikul saat Engkau menciptakanku, dan jangan Engkau sibukkan aku dengan
hal-hal yang lain.”
Semoga kita terus
belajar dari sosok tubuh puteri kesayangan rasulullah saw ini dan tidak pernah
berputus asa mencontohi sayyidah Fatimah az-zahra.
InsyaAlllah, untuk post
seterusnya akan membuat perkongsian tentang kitab “Ajarkanlah wanitamu surah
an-Nur”. Kerana rasulullah saw bersabda,
“Ajarkan
surah al-Maidah kepada kaum lelaki dan ajarkan kaum wanita dengan surah an-Nur”
(HR
Baihaqi)
Kitab ini adalah silibus
sementara dalam usrah nusaibah. insyaAllah, akan diajarkan dalam usrah sehingga
habis kitab. Aminn. Semoga diberi kekuatan untuk dikongsikan catatan usrah
tersebut.
Comments
Post a Comment