Skip to main content

Penyejuk Hati (Kalam Ulama') - Part 1 :)


Setelah sekian lamanya tak buka dan baca telegram di group kalam ulama’, berpuluh-puluh, beratus-ratus notifications tak dibaca. Huhuhu. Kalam ulama’ ibarat air sejuk yang melegakan tekak, menghilangkan kehausan, menyegarkan badan. Kalam ulama’ menyejukkan hati, menarik hati kembali ke jalan yang benar.

  • "Berkhidmat kepada kedua orang tua, akan menjadi penebus bagi dosa-dosa besar."
    [Imam Ahmad ibn Hanbal رحمه الله تعالى]

  • "Jawatan adalah perantara. Akan tetapi tujuan utama adalah dakwah dan khidmat kepada penghulu dakwah iaitu Saiyyidina Muhammad ﷺ."
    [Habib Abu Bakar Al-Adni bin Ali Al-Masyhur]

  • "Barangsiapa ingin berkhidmat demi Islam, perlu sedia menerima penderitaan di mana jua dia berada."
    [Habib Ali Al-Jufri]

  • "Sebaik-baik khidmat di muka bumi ini adalah khidmat berdakwah kepada agamaNya. Usia muda adalah sangat kritikal / penting kerana ianya adalah usia yang mudah tergoda dengan bisikan syaitan dan hawa nafsu."
    [Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]

  • "Jika anda mendapati karat di dalam hatimu, maka hendaklah anda biasakan berpuasa. Kemudian jika anda dapati hati itu masih berkarat lagi, maka hendaklah anda mengurangkan bertutur. Kemudian jika anda dapati hati masih berkarat juga, maka hendaklah anda meninggalkan semua dosa-dosa. Kemudian jika anda dapati hati masih berkarat juga, maka hendaklah anda memperbanyakkan menangis serta bertadharruk (meratapi diri) kepada Allah yang Maha Tahu."
    [Syeikh Al-Antaki رحمة الله تعالى]

  • "Barangsiapa yang tidak dapat mengawal matanya, maka dia tidak akan dapat mengawal hatinya. Dan barangsiapa yang tidak dapat mengawal hatinya maka dia tidak akan dapat mengawal kemaluannya."
    [Syeikh Zulfiqar Ahmad Naqsyabandi Al-Mujaddidi DB]

  • "Antara perkara yang mematikan hati adalah sering berbicara dengan ajnabi."
    [Syeikh Ibnu Athaillah as-Sakandari]

  • "Siapa yang menjaga pandangan mata, dia akan dianugerahkan kemantapan hati."
    [Syeikh Nuruddin]



Comments

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Hadiah Buat Nur Atiqah Ibrahim. ^^

Assalamualaikum.. Post kali nie khas buat anak usrah saya Nur Atiqah Ibrahim. Dia anak usrah saya yang sangat baik. Disebabkan group usrah kami ada 3 orang je (tiqah, ain, akak. haha.) kami jadi rapat, lebih-lebih lagi bergerak kerja dalam jabatan yg sama, JT. selalu lepas usrah, memang bercerita pasal JT. Haha. Tak pernah bosan dengar celoteh, bebelan budak-budak nie. Haha. Banyak kenangan dengan budak nie. Dialah penumpang sejati saya bila pergi meeting LTK. Lepas balik meeting mesti jalan-jalan, beli neslo ais (minuman kegemaran budak nie), cerita-cerita atas moto. Haha. Ingat lagi masa tu, waktu-waktu 'menggila', tugasan, test, projek bertingkek-tingkek, masing-masing meluahkan keserabutan, kesedihan masing-masing atas moto sambil menangis.  Sekarang nie masing-masing dah besar. Masa pantas berlalu. Hari demi hari, usia kita semakin meningkat dan tanggungjawab juga semakin banyak. Walaupun saya jarang jumpa kamu, tapi saya selalu dengar cerita kamu dari 'seseoran...

Daurah Isra' & Mi'raj, Pondok Ledang. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا  بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai pemimpin para pejuang, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai penuntun petunjuk Ilahi, Duhai makhluk yang terbaik, Selawat dan salam semoga tercurahkan atasmu, Duhai penolong kebenaran, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Wahai Yang Memperjalankanmu di malam hari, Dialah Yang Maha Melindungi, Engkau memperoleh apa yang kau peroleh sementara semua manusia tidur, Semua penghuni langit melakukan solat di belakangmu dan engkau menja...