Assalamualaikum.. Post kali nie khas buat anak usrah saya Nur Atiqah Ibrahim. Dia anak usrah saya yang sangat baik. Disebabkan group usrah kami ada 3 orang je (tiqah, ain, akak. haha.) kami jadi rapat, lebih-lebih lagi bergerak kerja dalam jabatan yg sama, JT. selalu lepas usrah, memang bercerita pasal JT. Haha. Tak pernah bosan dengar celoteh, bebelan budak-budak nie. Haha. Banyak kenangan dengan budak nie. Dialah penumpang sejati saya bila pergi meeting LTK. Lepas balik meeting mesti jalan-jalan, beli neslo ais (minuman kegemaran budak nie), cerita-cerita atas moto. Haha. Ingat lagi masa tu, waktu-waktu 'menggila', tugasan, test, projek bertingkek-tingkek, masing-masing meluahkan keserabutan, kesedihan masing-masing atas moto sambil menangis.
Sekarang nie masing-masing dah besar. Masa pantas berlalu. Hari demi hari, usia kita semakin meningkat dan tanggungjawab juga semakin banyak. Walaupun saya jarang jumpa kamu, tapi saya selalu dengar cerita kamu dari 'seseorang'. Hehe. Lepas je dengar cerita dari seseorang tu, hati saya rasa sebak sangat. Semoga Allah memberi kekuatan buatmu.
Akak takda hadiah special buat kamu dik. Minta maaf sebab tak mampu jadi naqibah yang baik buat kamu. Semoga Allah memudahkan segala urusanmu, menjagamu dengan sebaik-baiknya, dan grad on time with flying colors.
Buat Nur Atiqah Ibrahim yg disayangi,
Hidup ini adalah hadiah yang terindah daripada Allah Taala. Segala yang berlaku adalah diatas qudrah dan iradah Allah Taala. Tidak ada satu pun yang terlepas daripada qudrah dan iradah Allah Taala. Dan apa yang telah ditetapkan Allah itu semuanya baik-baik belaka. Hanya kerana ilmu kita yang tersangat sedikit, terkadang kita berasa terbeban, sedih dengan keaadan yang kita tak sukai. Namun, Allah itu Maha mengetahui, Ilmu-Nya mencakupi segala sesuatu secara terperinci. Dan ketahuilah, Allah sangat sayangkan hamba-hambanya.
Ada dua perkara yang dapat memberi kekuatan pada hati, yang pertamanya adalah kecintaan kepada rasulullah. Ketahuilah bahawa sahabat rasulullah hidup didunia ini berbekalkan cinta kepada rasulullah. Dekat-dekatlah selalu dengan rasulullah, banyakkan membaca sirah rasulullah, keluarganya dan sahabatnya, banyakkan berselawat kepada nabi saw kerana sekali selawat atas nabi Allah akan mencurahkan 10 kebaikan-Nya atas dirimu. yang keduanya, adalah cinta kepada Allah. Penuhilah ruang hatimu dengan cinta kepada Allah, kenalilah Allah, kelak kita pasti akan mencintai-Nya. Ingat-ingatlah selalu bahawa Allah selalu menyayangimu.
Fihifzillah, Fiamanillah.
Semoga Allah dan rasulullah selalu menyayangimu disetiap waktu walau dimana pun kamu berada.
Fa siiru 'ala barakatillah! :)
Syukran akak. Rindunyaaaaaaaaa.
ReplyDeleteDoakan saya selalu, supaya taknakal2. Hhihihi
Keep sado and macho, solehah tetap kena maintain.
Hehe. Im be like you,
Walaupun orang cakap saya garang, i dont care, huhu.
Terima kasih untuk segalanya,
Hanya Allah mampu membalas.
Semoga dilindungi sentiasa olehNya <3 <3
-Nur Atiqah Ibrahim-
hahaha..tiqah, tak kacau sana, kacau sini.. :P
Deleteooo..akak garang ea dulu..xpe, garang tu selalunya
sebab 'naik darah' dgn perangai muslimin..
atiqah, klau rasa sedih ke bukak lah post nie.. :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete