بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dan jalanlah engkau kepada Tuhanmu tanpa cuai,
Dan hendaklah perbaharukan taubat dari dosa-dosa,
Serta jangan putus asa akan rahmat Tuhan yang sangat pengampun jua,
Dan jadilah engkau atas nikmat-nikmatnya bersyukur jua.
Dan jadilah engkau atas bala-balanya bersabar saja,
Dan tiap-tiap perkara adalah dengan qadha dan qadar,
Dan tiap yang disurat maka tiada darinya keluar,
Maka jadilah engkau padanya berserah diri agar engkau dapat menjaga diri.
Serta turutlah jalan yang abidin lagi berilmu,
Dan bebaskanlah hati dari segala yang menipu,
Dengan bersungguh-sungguh dan berjaga dimalam hari,
Dan berfikir dan berzikir tanpa henti-henti.
Lagi menjauhi akan segala dosa,
Lagi memerhati akan Allah disetiap keadaan,
Agar menjangkau tanda-tanda ketinggian,
Dan sebutlah dengan kerendahan, Tuhanku janganlah aku Engkau putuskan,
Dari Engkau dengan pemutus dan janganlah aku Engkau jauhkan,
Dari rahsia Engkau yang amat elok yang menghilangkan segala kelam.
-Petikan Kitab Kharidah Bahiyyah-
Sesiapa yang pernah sampai ke sini, pernah merasai tarbiyyah disini, pernah mendapat curahan ilmu daripada TG Ustaz Zulkifli, pasti akan merinduinya.
Rindu dengan suasana disini, rindu dengan pelajar-pelajarnya, rindu ingin mendengar kalam tuan guru yang melembutkan hati dan membuatkan hati kembali kepada Allah. Sungguh beruntung mereka yang dapat berdamping dengan tuan guru terutamanya buat abnaul harakah. Sebaik-baik murabbi adalah merupakan guru yang mursyid bagi membimbing perjalanan kerohanian kita dan juga merupakan murabbi dalam perjuangan dakwah. Jika telah ditemui, jangan dilepaskan.
Pesan Syeikh Ibrahim, jika merindui orang-orang soleh, bacalah kitabnya, nasihat-nasihatnya. Kerana dengan membaca kalamnya umpama mereka sedang menasihati kita. Membuka lembaran catatan semasa menghadiri daurah bersama tuan guru pada tahun 2012. Tidak pernah jemu membacanya walaupun berulang kali dibaca malah semakin menguatkan hati yang lemah.
1- "Berdoalah engkau dengan penuh rendah diri kerana sifat rendah dan kurang adalah sifat sebenar makhluk"
~Dalam doa sebut "Rabbi, jangan engkau hapuskan nikmat zikir, solat, selawat dll kerana ia menyebabkan aku terputus dengan-Mu"
~Berdoalah agar dijadikan orang yg cintakan ketaatan
~Didiklah hati ini sehingga hati ini dapat berdoa dengan penuh keikhlasan.
~Nak sampai istiqamah dengan mujahadah, nak sampai mujahadah dengan ilmu
2- "Kalau nak jadi baik, bataskan persahabatan"
~Dalam perjalanan menuju Allah, terkadang kita perlu utk meninggalkan seseorang yang dapat menghalang perjalanan kita. Kita perlu tinggalkan dia jika hati kita masih tidak kuat dan membuatkan perjalanan kita terhenti.
~Putuskan hubungan bila kawan dengan orang yang merosakkan kehidupan
~Minta maaf dah berjaya pecah nafsu sebab nak cari perdamaian
3- "Mengetahui Allah Taala memandang kita"
~Orang yang muraqabah, duduk dalam gelap pun takut dengan Allah
~Iman tinggi, akhlak dan adab semakin tinngi
4- "Nak gemar bangun malam?"
~Cinta kepada Allah Taala. Macam mana nak cinta Allah? Banyak baca al-Quran dan faham makna.
5- "Bisikkan dan lintasan hati"
~Aku lebih buruk dari dia, amal aku kurang lagi. Tawadhu.
~Banyakkan istighfar
6- "10 asas tarbiyyah hati"
Pertama : Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah
~Jangan putus asa dari ampunan Allah
~Jangan mengalah dengan nafsu
~Sabar dalam taubat. Kadang-kadang taubat buat lagi, bukan senang nak dapat taubat nasuha. Kena sentiasa taubat jangan berhenti.
Kedua : Syukur atas segala nikmat
~senang, susah, sihat, sakit. Allah nak tengok hamba-Nya yang sidiq dalam keimanan.
Ketiga : Sabar
~Mengekang nafsu diatas segala perbuatan, perkataan, lintasan hati yang menyalahi redo kepada Allah.
~Jangan lawan Allah
~Kalau kena ujian ucap "Innalillahi wa innailaihi rojiun" dan berdoa "Ya Allah, gantikanlah aku yang lebih baik dari yang Kau ambil ini"
Keempat : Redo
~Usaha, tapi sandarkan kepada Allah.
~Jangan maki hamun. Sabar, tenang.
~Sabar saat sakit, jangan mengadu-ngadu. Macam dia sorang je yg sakit.
Kelima : Bebaskan hati dari segala yg menipu
~Kelazatan makanan jangan terpedaya. Nak elakkan, biasakan berlapar dengan puasa.
~Makanan haram membawa kepada kemaksiatan
~Kalau baik lebih kurang dari yang tak baik, lebih baik tinggalkan
~Makan syubhat, jadi malas nak ibadah
~Hati-hati dengan facebook. Cuba merdekakan diri dari facebook.
Keenam : Mengasingkan diri dari masyarakat, hanya perlu bila nak berurusan dengan manusia
~Nak jumpa orang-orang soleh
Ketujuh : Banyak diam diri melainkan zikrullah
~Banyak bercakap keraskan hati
Kelapan : Kurangkan tidur, banyak berjaga malam.
Kesembilan : Zikir dan fikir
Kesepuluh : Mengikut guru yang mursyid
7-"Masa sihat/kuat, lebihkan takut kepada Allah"
~Kalau lemah/tak sihat/ditimpa musibah lebihkan rasa harap (ampunan) kepada Allah
~Kalau dah terjebak dalam dosa, kuatkan harap. Sebab tu jangan putus asa dari Allah
8-"Mujahadah untuk istiqamah. Dalam mujahadah Allah akan singkapkan untuk kenal Allah"
(Nota Kuliah Baitul Quro' 2012)
Comments
Post a Comment