بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu,
Duhai pemimpin para pejuang,
Ya Rasulullah,
Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu,
Duhai penuntun petunjuk Ilahi,
Duhai makhluk yang terbaik,
Selawat dan salam semoga tercurahkan atasmu,
Duhai penolong kebenaran,
Ya Rasulullah,
Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu,
Wahai Yang Memperjalankanmu di malam hari,
Dialah Yang Maha Melindungi,
Engkau memperoleh apa yang kau peroleh sementara
semua manusia tidur,
Semua penghuni langit melakukan solat di belakangmu
dan engkau menjadi imam,
Engkau diberangkatkan ke Sidtratul Muntaha karena
kemulianmu dan engkau mendengar suara ucapan salam atasmu,
Duhai yang paling mulia akhlaknya,
Ya Rasulullah,
Semoga selawat selalu tercurahkan padamu, pada keluargamu
dan sahabatmu.
Bait Selawat Tarhim
Syukur Alhamdulillah, atas nikmat curahan ilmu yang diperolehi ketika daurah ini. Daurah selama 3 hari, bermula selepas solat isyak. Dimulakan dengan alunan qasidah kemudian baru mula pengajian Kitab Kifayatul Muhtaj karangan Syeikh Dawud al-Fathoni. Kitab yang sangat berkah. 3 malam berdaurah, malam pertama syeikh Ibrahim syarah kulit kitab sebanyak tujuh baris sahaja. Namun, huraian syeikh sangat banyak dan mendalam. Mengenali pengarang kitab, Syeikh Dawud al-Fathoni yang sangat tinggi himmah menulis kitab hingga ketika berada diatas unta pun tetap menulis kitab. 2 malam seterusnya, baru mula baca dan syarah isi kitab tersebut.
Salah satu perkara yang membahagiakan ketika daurah di pondok ledang adalah menikmati kemeriahan suasananya, ramai yang datang mengaji, penuh ruang surau ditambah pula ramai 'cicomel' yang suka kesana-kemari. Ditambah lagi, kemeriahan suara 'cicomel' yang cukup mentarbiyyah kami untuk fokus mengaji. Tak sempat nak 'belayar' jauh, dah ada 'alarm' yang kejut. Hahaha. Dah lama tak rasa kemeriahan yang macam nie. sama-sama mengaji sehingga lewat malam, lebih kurang 1 pagi baru selesai semuanya pakej makan talam sekali. Apa yang paling menyentuh hatiku untuk daurah kali ini, kakak-kakak pondok ledang yang dirindui, yang selalu mai pengajian syeikh setiap minggu, kini depa mai dengan membawa 'askar-askarnya' sekali. Hahaha. Sebenarnya, kakak-kakak tersebut cuti bersalin & berpantang. Jadi sekali mai daurah angkut sekali dengan anak-anaknya. Ada kakak yang mai bawa anak umur setahun, ada yang baru lepas hari mai datang dengan anak kecil masih menyusu badan lagi.
Namun, yang ingin ku catit di sini adalah mengenai dua orang hamba Allah mudah-mudahan menjadi peringatan yang berterusan buat diriku sebagai seorang muslimat.
Kakak pertama. Tak sempat duduk lama dengan kakak nie. Sebab saya pun baru mula datang ngaji masa tu. Jadi, sempat kenal dia masa dia dah 4-5 bulan mengandung. Istiqamah kakak nie mai ngaji, tiap-tiap minggu 2-3 kali datang. Duduk ngaji sampai pukul 12 tengah malam. Itulah rutinnya tiap-tiap minggu, sehingga sudah sarat mengandung menunggu hari bersalin. Walaupun sakit-sakit belakang, rasa tak senang duduk tetap juga datang ngaji. Masih ingat lagi, kakak nie selalu datang dengan suami dia, tapi ada suatu hari tu suaminya accident atau kurang sihat saya tak ingat, dia yang drive kereta datang sama-sama dengan suaminya. Mereka tidak beralas-alasan untuk mai ngaji. Istiqamah dia datang ngaji sehingga 5-7 hari sebelum due melahirkan. Kemudian, dia pun bercuti melahirkan dan berpantang. Daurah kali ini, dia datang membawa anaknnya. Anaknya, dah setahun mungkin, dah boleh berjalan. Suara anaknyalah yang mentarbiyyah kami untuk fokus masa ngaji dan juga menjadi alarm supaya tak belayar jauh sangat. Sebenarnya, beliau dah tak sanggup menanggung rindu nak datang mengaji, walaupun dia tahu anaknya bersuara nyaring dan mungkin dia rasa bersalah takut-takut menganggu syeikh dan pelajar. Dia mai daurah sebab nak lepaskan rindu, dah lama dia tak hadir pengajian, rindu sangat. Tapi ummi pesan, tak apa, itu semua tarbiyyah buat kami, jangan sedih.
Kakak yang kedua. Kakak nie kawan kepada ketua muslimat pondok ledang. Lama dah depa berkawan, sejak zaman matrik lagi. Dengan kakak nie saya kenal lebih rapat, sebab masa ngaji duduk sebelah dia. Dia dah berkhawin, dah ada anak, tetapi buat masa ini, dia datang berseorangan tanpa suami dan anaknya. Setiap kali ada pengajian, dia akan keluar mengaji dan anaknya tinggal dengan suaminya. Saya banyak belajar akhlak yang baik darinya, pendiam tapi ramah, baik tutur katanya, tenang, lemah lembut dan banyak bersabar. Sungguh-sungguh dia belajar masa ngaji tak pernah tidur. Kadang, bila terlelap masa ngaji, malu dengan dia. Dia lebih banyak tanggungjawab, lebih penat, tapi tak tidur masa ngaji. Hari demi hari berlalu, begitulah rutinnya setiap minggu, sehingga dia disahkan mengandung. Tak kalah dengan alahan, sakit-sakit kepala dsb, tetap datang konsisten, drive pergi balik tengah malam seorang diri. sehiggalah kandungan kian membesar, belakangnya dah mula sakit-sakit, namun tak pernah duduk bersandar sepanjang ngaji. Cuma kerap diubah-ubah cara duduknya untuk mengilangkan rasa sakit belakang dan lenguh-lenguhnya. Sampailah satu hari tu, "dik, akak dah nak balik kampung dah, bersalin pantang kat sana". Perasaan saya masa tu, rasa sedih sangat. Sebab selalu duduk sebelah dia, selalu lihat kesabarannya. bila dah takda rasa kehilangan. Semalam, khatam daurah isra' mi'raj, gembiranya dia datang, bawa anaknya yang baru lahir dan sorang lagi anaknya dah besar sikit, nama sama pulak Nasuha. Hahaha. Dia datang drive sendiri, anaknya Nasuha yang pangku adiknya yang baru lahir. Lepas daurah semalam, tak dapat makan talam dengan dia sebab mengurus anak kecilnya. Sebelum dia balik, dia pergi kat saya, "dik, awak suapkan akak sikit, ambil berkat makanan nie." Tak lama lepastu, dia bergerak pulang. Tapi, syukur alhamdulillah, ada satu talam makanan lebih semalam, dibungkuskan untuk kakak tu bawa pulang. Alhamdulillah.
Sengaja ku tuliskan disini, bukan untuk siapa-siapa kisah ini, buat diriku juga suatu hari nanti. Semoga Allah memberi taufiq dan kekuatan buat kakak-kakak, ibu-ibu juga makcik-makcik muslimat pondok ledang yang ku rindui untuk istiqamah dalam pengajiannya. Allahumma Amiiinn.
Comments
Post a Comment