Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Jaulah Meneladani Keperibadian Sayyidah Fatimah az-Zahra (Part 2) :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Proses Kelahiran Sayyidah Fatimah az-Zahra Diriwayatkan bahawasanya, sesungguhnya Nabi saw bersabda : "Jibril datang kepadaku membawa buah epal dari syurga. Maka aku memakannya dan kemudian bergaul dengan Khadijah, kemudian Khadijah mengandungkan Fatimah zahra seraya berkata Khadijah : "Sungguh aku telah mengandung dengan kandungan yang ringan (tiada beban sedikitpun)". Maka ketika Khadijah hendak melahirkan, beliau mengutus kepada para wanita Quraisy supaya mereka datang kepada Khadijah untuk membantunya proses persalinannya. Namun mereka tidak melakukannya. Kemudian para wanita itu mengatakan : "kami tidak akan datang memenuhi panggilan engkau kerana engkau telah menjadi isteri Muhammad saw". Maka pada saat-saat seperti itu, tiba-tiba masuk menemui Khadijah empat orang wanita dengan paras yang rupawan dan bercahaya yang tidak dapat digambarkan. Maka salah seorang daripada ke empat mereka berkata : "Aku adal

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. Nota: Syeik

LTK Dulu, Kini dan Selamanya! :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hmm. Minggu nie adalah minggu ‘berduka-cita’ buat budak-budak degree tahun akhir. Maka bertebaranlah mereka menuju ke bumi pilihan masing-masing membawa haluan hidup selepas kampus. Dan penuh la notification di ruang status WhatsApp, wall facebook dengan  ucapan daripada adik-adik muslimat meluahkan rasa sedih, hiba dsb atas perpisahan dengan senior-senior. Semalam sempat sembang-sembang kejap masa iftar dengan beberapa ketul budak-budak tahun akhir (khai, harliana, ecah) yang masih tak balik lagi.  Macam-macam planning depa, ada yg nak balik perak terus dah (si harliana), ada yg nak balik kedah tapi hati terpaut dengan gelang patah (khai).  Maka jawapannya adalah istikharah dan mohonlah agar Allah menempatkan kita ditempat yg diberkati. “Harliana, jom jalan! Malam masih muda~” “Haha, jom kak!” Asalnya nak sembang-sembang buat kali terakhir. Konon nak pergi danga bay, nak tengok Singapore tepi laut, nak itu ini. Tapi

Jaulah Meneladani Keperibadian Sayyidah Fatimah az-Zahra (Part 1) :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Yaa syaikhana.. ya syaikhana.. Syaikh Ibrahim Masran.. Ya habibana.. ya habibana.. nuhibbukum fillah.. Antum mursyiduna.. antum thobibuna.. Murabbi ruhina.. Allah yahfazukum.. Duhai tuan guru.. duhai tuan guru.. Syeikh Ibrahim Masran.. Engkau pemimpinku, engkau pembimbingku, ku mengasihimu.. Engkaulah sinaran.. dalam kegelapan.. Engkaulah minuman.. dalam kehausan.. Tegas ajaranmu, lembut didikanmu, melentur jiwaku.. Mengajarkan ilmu, tanpa rasa jemu, hilangkan jahilku.. Engkaulah penyuluh.. dalam kesamaran.. Engkaulah perungkai dalam kekusutan.. Mengenalkan Tuhan.. rasa kehambaan.. adab kesufian.. Mencintai nabi, indahkan rohani, murni dari hati.. Engkaulah penunjuk.. jalan kebenaran.. Engkaulah pembimbing.. jalan keedhoan.. -Qasidah ya Syaikhana Syaikh Ibrahim Masran- (Pondok Ledang, Ramadhan 2017) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhhh.. phew~ Allah.. lama banget nie tak menulis di