Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Hmm. Minggu nie adalah minggu ‘berduka-cita’ buat budak-budak degree
tahun akhir. Maka bertebaranlah mereka menuju ke bumi pilihan masing-masing membawa
haluan hidup selepas kampus. Dan penuh la notification di ruang status WhatsApp,
wall facebook dengan ucapan daripada adik-adik
muslimat meluahkan rasa sedih, hiba dsb atas perpisahan dengan senior-senior.
Semalam sempat sembang-sembang
kejap masa iftar dengan beberapa ketul budak-budak tahun akhir (khai, harliana,
ecah) yang masih tak balik lagi.
Macam-macam planning depa, ada yg
nak balik perak terus dah (si harliana), ada yg nak balik kedah tapi hati
terpaut dengan gelang patah (khai). Maka
jawapannya adalah istikharah dan mohonlah agar Allah menempatkan kita ditempat
yg diberkati.
“Harliana, jom jalan! Malam masih
muda~”
“Haha, jom kak!”
Asalnya nak sembang-sembang buat
kali terakhir. Konon nak pergi danga bay, nak tengok Singapore tepi laut, nak
itu ini. Tapi kesudahannya sesat barat. Kuikui. Sudahnya jalan-jalan naik
kereta, sembang-sembang dalam kereta sampai sakit tekak sambil menikmati
keindahan bandaraya JB dari dalam kereta. Aduii. Nasib budak nie sedia memahami
dan dah terbiasa dengan ‘kesengalan’ aku.
Dulu, sebelum keluar kampus ‘orang-orang
tua’ LTK diberikan satu envelope daripada budak-budak LTK which is dalam
envelope tu ada ucapan daripada semua adik-adik LTK untuk ‘orang-orang tua’ dan
ucapan tersebut berbeza-beza untuk setiap orang. Dan, depa kata buka envelope
tu bila dah ready. Lepas je tutup meeting LTK, aku pun dengan tak sabarnya
terus pergi ke satu ruang dalam masjid dan terus buka envelope tu. Satu demi
satu ucapan aku baca, sampailah tiba satu ucapan daripada seorang junior. Hmm. Tak
tahu nak menangis ke, nak gelak ke, nak terharu ke dengan ucapan beliau.
“Kak Anasuhah, first time ana kenal kak anasuhah dalam meeting TA. Masa
tu ana kena marah dengan kak Anasuhah sebab datang meeting lambat. Walaupun kak
Anasuhah marah ana, tapi ana cuba terima teguran akak walaupun sakitnya tuh
disini..”
Itulah antara ucapan beliau. Panjang sebenarnya ucapan budak nie, dalam banyak-banyak ucapan, ucapan dia lah yang paling panjang. Haha. Hmm. Sejujurnya,
sedih dengan ucapan nie sebab rasa macam jahatnya aku nie marah-marah orang,
tapi akhinya aku tergelak. Kuangkuang. Mana ada marah, tegur je sebenarnya. Kalau dah tak suka, cakaplah tak kan nak pendam je. Dan kalau tak tegur sampai kesudah masalah yang sama akan berulang kembali.
Sebenarnya, setiap lujnah ada
pembawakan masing-masing. Dan setiap orang ditempatkan dalam lujnah mengikut
minat, kesesuaian dan kepakaran masing-masing. Dan setiap lujnah ada cabaran
masing-masing bergantung kepada gerak kerja yg dilakukan. Dan satu lagi,
pembawakan lujnah tu bergantung kepada pembawakan pimpinan pada masa tu.
Dulu, masa mula-mula diumumkan
nama-nama ahli baru beserta lujnah masing-masing, rasa terkejut dan memberontak
sikit sebab dapat LTK. Oleh sebab saya agak memberontak dengan keputusan
tersebut, maka ada beberapa pihak yang cuba untuk menenangkan dan saya cuba beri
peluang pada diri sendiri untuk memahami liku-liku hidup bergelar ahli LTK. Sejujurnya,
sepanjang tempoh saya cuba memahami gerak kerja LTK sebenarnya saya tak ikhlas
dan buat kerja tak sepenuh hati. Dan terus saya jumpa pimpinan LTK pada masa tu
dan kata.
“Kak, saya nak keluar dari LTK. Saya
tak nak duduk dalam LTK”
Tercengang kakak tu. Saya tak
ingat apa yg dia cakap, Cuma dia bagi saya masa lagi.
Dalam masa-masa yang diberikan tu
sikit demi sikit, kekuatan tu dikumpulkan dari hari demi hari sehinggalah hati
redha.
“Allah tempatkan kamu kat sini ada sebabnya
dan cubalah untuk menerima dengan lapang dada dan belajar dengan cepat.”
Bermula dari saat tu, sedikit
demi sedikit saya belajar sehingga sikap saya berubah 360 darjah. Hasil daripada
tarbiyyah legend, telah mengnyahkan sikap lembik dalam diri. Nak di cerita
satu-satu tarbiyah dari senior-senior tu tak larat lah, hanya yang sempat mengenali
mereka akan memahaminya. Kena marah dalam meeting, balik meeting LTK
menangis-nangis, rasa cuak setiap kali nak masuk meeting LTK, bertegang urat masa meeting, itu semua perkara
biasa. Dalam gerak kerja perlu
kesungguhan. Disebabkan saya berada didalam JT, gerak kerja memang nak tak nak
perlu selari dengan timeline untuk melicinkan gerak kerja. Dan timeline yg
dibuat tu memang sesuai dengan kemampuan AJK yang akan menggerakkannya. Apa yang
paling memenatkan bila buat tamrin adalah tiada peserta tamrin. Masa nie Allah
je yang tahu betapa terkilannya hati. Kadang-kadang tu sampai menangis
mengenangkan tak ada langsung anak-anak usrah untuk ditamrinkan. Masih ingat
lagi, masa tu tak ada lagi WhatsApp macam sekarang nie, mesej dan call sahaja. Oleh
sebab masa tu TA tak mendapat perhatian nuqaba, dan penyertaan tersangatlah
sedikit, maka kami pun start approach seorang demi seorang. Sama ada jumpa
ataupun call terus. Dan sampai satu tahap rasa penat sangat. Penat mendengar alasan-alasan.
Kadang-kadang tu, hinggakan bergerak kerja dengan linangan air mata dek tekanan
yang dihadapi.
Masa zaman kampus tak sempat nak
fikir pasal kahwin sebab fokuskan pada gerak kerja Jemaah dan akedemik. Tapi bergantung
pada individu jugak. Ada je yang planning nak nikah tahun 4 sem 2 masa tu, amir pulak tu. kuikui. Hebat amir kita. Disaat orang lain sedang 'menggila' dengan 'Project Seeking for Mardhatillah' (PSM), dia sempat nak nikah. Amir kita nie memang tiptop dalam pengurusan masa. Hebat orangnya. Kagum.
Eh. Kenapa pulak lah bercerita sampai kesini. Kuikui.
Hmm. Rindunya
pada gerak kerja JT. Huhuhu. Tagline legend LTK, “ana ahli LTK dulu, kini dan
selamanya”. Rindu Lujnah ini dan ahli-ahlinya. Lujnah Tarbiyyah dan Kepimpinan
dalam kenangan. Disinilah tarbiyyah bermula. Banyak mengajarkan diri ini
menjadi amilin islam yang sebenarnya melaui ahli-ahli didalamnya. Semoga Allah
melimpahkan kebaikan yang banyak buat kak linda, kak mizah dan pok ming. Siapa sangka,
Lujnah yang aku mula-mula benci, kini selalu dirindui.
Ini aje gambar kenangan LTK yg disimpan. =p
Comments
Post a Comment