Yaa
syaikhana.. ya syaikhana.. Syaikh Ibrahim Masran..
Ya
habibana.. ya habibana.. nuhibbukum fillah..
Antum
mursyiduna.. antum thobibuna..
Murabbi
ruhina.. Allah yahfazukum..
Duhai
tuan guru.. duhai tuan guru.. Syeikh Ibrahim Masran..
Engkau
pemimpinku, engkau pembimbingku, ku mengasihimu..
Engkaulah
sinaran.. dalam kegelapan..
Engkaulah
minuman.. dalam kehausan..
Tegas
ajaranmu, lembut didikanmu, melentur jiwaku..
Mengajarkan
ilmu, tanpa rasa jemu, hilangkan jahilku..
Engkaulah
penyuluh.. dalam kesamaran..
Engkaulah
perungkai dalam kekusutan..
Mengenalkan
Tuhan.. rasa kehambaan.. adab kesufian..
Mencintai
nabi, indahkan rohani, murni dari hati..
Engkaulah
penunjuk.. jalan kebenaran..
Engkaulah
pembimbing.. jalan keedhoan..
-Qasidah
ya Syaikhana Syaikh Ibrahim Masran-
(Pondok
Ledang, Ramadhan 2017)
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuhhh.. phew~ Allah.. lama banget nie tak menulis di
sini.. Sem nie agak pack sebenarnya. Walaupun ambil tiga subjek sahaja untuk
sem nie, tapi kalau dah namanya postgraduate tuuu… (Hmm.. tak nak sambung, semput
rasa). Kuikui.
Sejak dah lama tak
menulis nie, tiba-tiba bila nak start menulis semula rasa blank kepala otak.
Blog nie takda apa sangat pun sebenarnya, sekadar usaha kecil berbentuk
penulisan berkongsi pengalaman yang tak berapa banyak, berkongsi nota-nota
pengajian, nasihat-nasihat guru dan apa-apa yang dirasakan bermanfaat. Semoga ada hati-hati (termasuklah hati penulis nie) yang sudi dipilih Allah, dikurniakan taufiq-Nya melalui akhlak dan kalam wali-wali Allah. Amiin.
Inilah gambar kenang-kenanganan jaulah bersama Tuan Guru Syeikh Ibrahim, 2017. Berbagai-bagai kisah disebalik jaulah nie yang tak dapat nak digambarkan dengan tulisan.
Pengajian terakhir sebelum bermula jaulah, saya duduk sebelah Ummi Nurrul Huda, zaujah syeikh Ibrahim.
"Ummi.. saya takda jubah hitam kosong"
Inilah ayat yang terpancul keluar dari mulut. Disyaratkan bagi peserta muslimat untuk memakai jubah hitam kosong (tiada corak-corak), tudung hitam, niqab (semuanya hitam).
"2 helai jubah hitam pun dah cukup Nasuhah"
Balas ummi. Pakaian yang disyaratkan bagi peserta muslimat itulah pakaian ummi. Ummi berjubah hitam kosong, berburqa semuanya serba hitam. Ummi bekerja di Maahad Johor sebagai guru bahasa Arab. Pakaian ummi melambangkan didikan syeikh terhadap ummi. Syeikh mendidik ummi untuk memakai pakaian Sayyidah Fatimah az-Zahra. Kemana-mana ummi pergi termasuk keluar bekerja, itulah pakaian ummi. Allahu Allah. Kuatnya ummi. Sejujurnya, bukan mudah bagi seorang muslimat hendak berpakaian seperti ini kemana-mana. Dan sebenarnya, saya sangat memahami perasaan muslimat di luar sana, terlalu ramai yang bercita-cita untuk menjadikan pakaian Sayyidah Fatimah az-Zahra sebagai pakaiannya, dan sangat kasih dengan pakaian ummul mukminin sayyidah Fatimah az-Zahra, namun masih belum punyai kekuatan termasuklah diri saya sendiri. Namun, pesanan saya, biarlah terlebih dahulu kita mengambil sedikit masa untuk faham mengapa pakaian itu menjadi pilihan Sayyidah Fatimah az-Zahra. Ambil sedikit masa untuk kita belajar seperti apa akhlak puteri rasulullah yang mulia ini. Ambil sedikit masa untuk kita kenali hati sayyidah Fatimah az-Zahra. Kerana kefahaman (atas taufiq Allah) itu yang akan memberi bekal kekuatan.
Akhlak ummi, masyaAllah..Ummi sangat merendah diri orangnya. Bila bersalam dengan ummi, mesti ummi nak cium tangan orang lain dulu walaupun orang tu jauh lebih muda dari ummi. Itulah ummi. Merasakan semua orang lebih baik dari dirinya. Lemah lembut dan tenang orangnya. Semua pelajar muslimat pondok ledang merasai curahan kasih sayang ummi bagaikan kasih sayang ibu sendiri. Kuat semangat dan cergas orangnya. Teringat saya semasa jaulah, ada satu sesi bertempat dikaki gunung jerai. Semangatnya ummi nak hadir ke sesi majlis ilmu di kaki gunung jerai tersebut, ummi ajak kami daki kaki gunung, keadaan ummi masa tu sedang mengandung. Malunya dengan ummi, kami yang single-single nie baru jalan siki dah pancit. Kuikui.
Antara pesanan ummi yang selalu ummi pesan kepada sorang kakak di pondok ledang : "Takpe, sangka baik aje. Kalau kita sangka baik, kita dah dapat pahala, dah lepas. Sabar."
Inilah serba sedikit yang saya dapat gambarkan tentang akhlak ummi. Ummi banyak mentarbiyyah melalui akhlaknya tanpa perlu kata-kata yang banyak. Terkadang saya renungkan, ummi sebenarnya sedang berusaha mencontohi kehidupan sayyidah Fatimah az-Zahra. Itulah ummi, bukan semata-mata meletakkan pakaian puteri rasulullah ditubuhnya, namun diikuti kehidupan sayyidah Fatimah az-Zahra seluruhnya.
Ummi pernah kata, "sebenarnya tidak ada apa yang kita perlukan dalam kehidupan kita melainkan cinta kepada rasulullah saw".
Setakat ini yang mampu dikongsi. Sekian.
x
Comments
Post a Comment