Skip to main content

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie. 

Pengarang Kitab Muhimmah

Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani.

Nota:
Syeikh banyak makna, antara maknanya adalah orang tua, namun syeikh disini bermaksud orang yang banyak ilmunya. Fathani bermaksud orang fathani.

Dimulakan kitab ini dengan  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dimulakan kitab ini dengan بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ kerana beramal dengan perintah Allah dalam al-Quran. Allah hendaklah didahulukan dalam kehidupan kita. Dan juga beramal dengan hadis yang bermaksud : "Tiap-tiap perkara yang diharuskan oleh syarak jika tidak dimulakan dengan بِسْمِ اللهِ  akan sedikit keberkatannya".

بِسْمِ اللهِ ini tidak lari kepada 5 hukum syarak. Adakalanya wajib, adakala makruh, adakala sunnah, adakala haram, adakalanya harus. Kita duduk saje-saje dan sebut بِسْمِ اللهِ, harus. Sebelum nak mula makan, kita sebut بِسْمِ اللهِ, sunnah. Nak hisap rokok daun sebut بِسْمِ اللهِ, makruh. Nak baca al-Fatihah dalam solat baca بِسْمِ اللهِ, itu wajib. Bila nak buat benda haram, contoh tikam nombor ekor sebut بِسْمِ اللهِ, haram. 

Muhimmah
🌸🌸🌸
👉Inilah muhimmah suatu yang ditakuti oleh perempuan yang bersuami. 

Nota:
Orang perempuan yang nak bersuami, dia kena tahu benda apa yang menyebabkan dia jadi durhaka supaya selamat di dunia dan akhirat kerana telah dipesan oleh rasulullah saw melalui hadis baginda saw akan perkara-perkara yang dapat menjerumuskan wanita ke dalam api neraka. Maka ramai ulama' telah menghimpunkan hadis-hadis tersebut didalam kitab-kitab mereka dan salah satunya adalah kitab muhimmah ini. 

👉Maka wajiblah atas perempuan yg tersebut itu belajar dan mengetahui akan hukumnya supaya terpelihara akan amalnya yang kebajikan.

Nota:
Kerana isteri yang durhaka kepada suaminya, maka amalannya ditolak tidak diterima. Isteri yang menyumpah, memaki, mencarut, memfitnah, menzalimi suamianya sendiri perempuan ini tidak diterima amal ibadahnya. Begitu juga dengan suami yang berbuat zalim kepada isterinya sendiri, tidak diterima amalan. Orang lelaki yang meninggalkan anak isteri tanpa nafkah dengan sengaja, maka tidak diterima sembahyangnya. 

👉Dan lagi, beroleh manfaat dia isteri pada hari akhirat. Kerana beberapa siksa dan azab Allah Taala atas segala perempuan yang durhakakan suaminya atas dunia ini, pada esok harinya sangatlah menyesal atas perbuatannya. Maka tiadalah berguna akan sesalnya dan dukacitanya pada waktu itu.

Nota:
Kerana bila kita belajar benda-benda gini, memang manfaat kembali kepada diri kita. Durhaka kepada suami menyebabkan perempuan itu masuk ke neraka. Nabi pernah bersabda dalam satu hadis israk mikraj, "aku melihat malam aku dimikrajkan ke langit, aku melihat ke dalam neraka yang ramai masuk ke neraka dalam kalangan umat aku adalah perempuan. Maka aku bertanya kepada Jibril as, mengapa ramai perempuan yang masuk neraka. Lalu Jibril menjawab, "mereka ini tidak taat kepada Allah dan Rasul. Dan mereka ini tidak taat kepada suaminya." Bermaksud enggan menurut suami pada perkara yang besar, maka jadi durhaka, Kalau suami suruh bersihkan/sucikan diri, wajib kena bersihkan diri. Kebanyakan orang perempuan bila dirumah tidak menghiaskan dirinya buat suami. Namun, apabila hendak keluar dari rumah, dia membersihkan dirinya, mewangikan dirinya. Namun tidak pula dia lakukan dihadapan suaminya. Dan perempuan telah kering haid tetapi masih tidak mandi wajib, dan kemudian suaminya berhajat atas dirinya dan meminta dia mensucikan diri, maka waji isteri menurutnya.

Maka difardhukan keatas semua perempuan tafaqquh fiddin, mengambil faham atas perkara-perkara agama sebagaimana yang diwajibkan atas lelaki. Maka perempuan juga berhak mengawal dirinya daripada terjerumus kedalam neraka. Belajarlah orang puang~ 

👉Maka ketahuilah olehmu wahai orang perempuan, derhaka kepada suami adalah dosa amat besar.

Nota: 
Sebab tu perempuan yang ada harta lebih banyak daripada suami, gaji lebih besar dari suami, jangan kita merasa sombong dengan suami kita. Walaupun kita lebih kaya dari suami, kita tetap kena tunduk pada peraturan Allah iaitu kita mesti merendah diri, kena hormat dengan suami kita lebih dari semua manusia diatas muka bumi ini. Itulah agama kita yang dibawa oleh Rasulullah saw. Kata Rasulullah saw, "Jika perempuan sanggup menjilat nanah diseluruh tubuh suaminya dengan lidahnya, belum lagi ditunaikan hak-hak suaminya" kerana hak suami sangat besar. Suami lebih besar dari mak ayah, adik, kakak dll. 

Sayyidah Aisyah pernah berkata, "Sebaik-baik wanita, adalah wanita-wanita Ansar kerana mereka tidak segan keluar rumah untuk belajar agama. Tidak terhalang oleh mereka rasa segan sedikit pun kerana hendak belajar benda agama."

Setakat ini dulu yg mampu di tulis, InsyaAllah, akan bersambung.. 




Comments

Popular posts from this blog

Jaulah Meneladani Keperibadian Sayyidah Fatimah az-Zahra (Part 1) :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Yaa syaikhana.. ya syaikhana.. Syaikh Ibrahim Masran.. Ya habibana.. ya habibana.. nuhibbukum fillah.. Antum mursyiduna.. antum thobibuna.. Murabbi ruhina.. Allah yahfazukum.. Duhai tuan guru.. duhai tuan guru.. Syeikh Ibrahim Masran.. Engkau pemimpinku, engkau pembimbingku, ku mengasihimu.. Engkaulah sinaran.. dalam kegelapan.. Engkaulah minuman.. dalam kehausan.. Tegas ajaranmu, lembut didikanmu, melentur jiwaku.. Mengajarkan ilmu, tanpa rasa jemu, hilangkan jahilku.. Engkaulah penyuluh.. dalam kesamaran.. Engkaulah perungkai dalam kekusutan.. Mengenalkan Tuhan.. rasa kehambaan.. adab kesufian.. Mencintai nabi, indahkan rohani, murni dari hati.. Engkaulah penunjuk.. jalan kebenaran.. Engkaulah pembimbing.. jalan keedhoan.. -Qasidah ya Syaikhana Syaikh Ibrahim Masran- (Pondok Ledang, Ramadhan 2017) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhhh.. phew~ Allah.. lama banget nie tak menulis di

'La Taqnatu, Usah berputus asa!'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Rasulullah saw bersabda : "Insan sempurna dari kalangan lelaki itu ramai. Tiada sempurna daripada wanita kecuali empat iaitu Khadijah Binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad, Asiah Binti Muzahim dan Maryam Binti Imran. Kelebihan Aisyah berbanding wanita lain pula umpama tsarid berbanding makanan selainnya." "Siapa kita hendak berputus asa dengan diri sendiri jika Allah Taala tidak pernah berputus asa dengan hamba-hamba-Nya" Ketahuilah hai diri, tidak ada noktah perjuangan dalam menjadi mawar agama.  "Selagi mana kita