Skip to main content

Nasihat Buat Penuntut Ilmu.



Wahai si penuntut ilmu, berkorbanlah.

Kalau perlu berpuasa untuk beli kitab, berpuasalah.

Kalau perlu berniaga agar dapat musafir bertalaqqi dengan guru, berniagalah.

Kalau perlu menahan sedikit lapar agar dapat hadir ke daurah-daurah ilmu yang jauh, bertahanlah.

Kalau perlu tidur 2,3 jam saja sehari berjaga malam untuk faham satu-satu bab, lakukanlah.

Kalau perlu baca berpuluh kali bahkan ratusan kali untuk hadam sesuatu permasalah, bacalah.

Kalau perlu solat sunat berkali-kali agar daya fokus makin tajam, solatlah.

Kalau perlu menyemak puluhan mu'jam untuk faham satu perkataan, semaklah.

Kalau perlu bertemu puluhan guru untuk faham sesuatu bab, lakukanlah.

Perjalanan menuntut ilmu ini terlalu panjang. Tubuh pasti penat, mata pasti letih, tapi insyaAllah jiwa pasti tenang.

Dan kalau perlu menangis kerana letihnya menuntut ilmu, menangislah. InsyaAllah di situ adanya kekuatan.

Hidup tanpa ilmu bagaikan malam tanpa bintang.

C/p dari group qasidah muslimat.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Hadiah Buat Nur Atiqah Ibrahim. ^^

Assalamualaikum.. Post kali nie khas buat anak usrah saya Nur Atiqah Ibrahim. Dia anak usrah saya yang sangat baik. Disebabkan group usrah kami ada 3 orang je (tiqah, ain, akak. haha.) kami jadi rapat, lebih-lebih lagi bergerak kerja dalam jabatan yg sama, JT. selalu lepas usrah, memang bercerita pasal JT. Haha. Tak pernah bosan dengar celoteh, bebelan budak-budak nie. Haha. Banyak kenangan dengan budak nie. Dialah penumpang sejati saya bila pergi meeting LTK. Lepas balik meeting mesti jalan-jalan, beli neslo ais (minuman kegemaran budak nie), cerita-cerita atas moto. Haha. Ingat lagi masa tu, waktu-waktu 'menggila', tugasan, test, projek bertingkek-tingkek, masing-masing meluahkan keserabutan, kesedihan masing-masing atas moto sambil menangis.  Sekarang nie masing-masing dah besar. Masa pantas berlalu. Hari demi hari, usia kita semakin meningkat dan tanggungjawab juga semakin banyak. Walaupun saya jarang jumpa kamu, tapi saya selalu dengar cerita kamu dari 'seseoran...

Daurah Isra' & Mi'raj, Pondok Ledang. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا  بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai pemimpin para pejuang, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai penuntun petunjuk Ilahi, Duhai makhluk yang terbaik, Selawat dan salam semoga tercurahkan atasmu, Duhai penolong kebenaran, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Wahai Yang Memperjalankanmu di malam hari, Dialah Yang Maha Melindungi, Engkau memperoleh apa yang kau peroleh sementara semua manusia tidur, Semua penghuni langit melakukan solat di belakangmu dan engkau menja...