Skip to main content

'Hadiah' buat anak usrah yg disayangi, Nurul Ain. :)


Assalamualaikum. Post kali nie merupakan 'hadiah' special khas buat Nurul Ain. Mula-mula kenal budak nie masa meeting JT LTK. Dia junior saya. Haha (Baik budak nie~). Soalan pertama yg saya dapat dari budak nie adalah..

"Assalam kak. Sejak saya duduk JT nie, saya rasa sikap saya dah berubah lah kak. Erm. saya jadi macam tegas, garang, sampai ada beberapa sahabat muslimat yg saya rapat perasan perubahan sikap sy nie. Akak rasa macam mana?"

Hmm.. First time ada junior tanya soalan gini, selalunya junior tanya macam mana nak buat tamrin.. Jabatan Tamrin (JT) merupakan antara jabatan yg terkenal dengan 'kesibukannya'. Sibuk dengan tamrin-tamrin yang sentiasa bertali arus dan berulang-ulang setiap semester, meeting bertingkek-tingkek perlu dihadiri. Fuh~ Bila handle program, mula lah berhadapan dengan kerenah AJK, (ahli). 

"Alah~ AJK ahli kot, apa yg payah nya. Mesti dah fahamkan~ "

Ya, benar. Memang dah faham. Namun, keikhlasan itu benar-benar bukan mudah untuk bertapak di jiwa. Hanya yg bermujahadah memilikinya. Apabila handle program berbentuk tamrin, ia pasti bukan seperti program-program biasa. Di dalamnya mengandungi 'roh tarbiyyah'. 

"ya dik.. bukan perubahan sikap, tapi itulah sikap yg perlu ada bila berhadapan dengan kerja-kerja JT. Tegas bukan garang. Tegas perlu bertempat. Bila kita handle tamrin, perlu ada ketegasan dan bertimbang rasa dengan ahli. Tegas bila buat kerja main-main, datang meeting lewat, not prepared well bila datang meeting, kerja tak jalan sebab alasan yg tak masuk akal, gagal mengurus masa dengan baik, tak datang meeting tanpa sebab, AJK buat kepala sendiri, membuka aib peserta semasa tamrin dan sebagainya. Untuk alasan seperti ini, silakan kamu bertegas. Tapi kamu perlu jaga kebajikan sahabat kamu. Bertimbang rasalah, kalau dia demam, jangan paksa dia buat kerja."

Dulu sebelum masuk LTK, saya pun 'lembik' juga. Bila masuk JTLTK berubah 360 darjah. Benarlah, jemaah ini banyak membentuk personaliti. Macam-macam yg ditempuh untuk berubah 360 darjah tu. Berbagai-bagai 'kesakitan' yg dihadapi. Fuh~ datang meeting lambat seminit dua, dah kena duduk luar. Masuk bilik meeting siap-siap tahan telinga kena 'bebel'. Nak masuk meeting JT  macam nak tercabut jantung. Kalau meeting lepas subuh dan asar, mathurat sambil berjalan pergi meeting. Allahu.. rindunya suasana itu. Penuh tarbiyyah. Legend-legend yg power, kak linda, kak mizah, pok ming.


Dan juga satu benda yg perlu ada pada budak-budak JT iaitu critical thinking. Macam mana nak bentuk critical thinking? salah satu caranya, kau bersiap sedialah dengan hujanan soalan dari senior dalam meeting. Huhu. Tarbiyyah senior.

Sebenarnya ada tujuan cerita memori lama supaya kita jadi hamba yg bersyukur. Dari satu tahap ke satu tahap Allah mentarbiyyah kita di dalam jemaah, sehingga ke satu tahap yg tak pernah kita terfikir untuk berada di tahap ini. Allah menjadikanmu seorang insan yang semakin baik. Allah meletakkanmu di dalam biah yg baik. 

Ingat tak masa tamrin kita diberikan 'barang amanah' yg perlu dijga dengan sebaik-baiknya. Kalau diberi kapur, jaga kapur yg rapuh tu supaya tidak patah, jika diberikan satu botol air mineral penuh tanpa penutup botol, di jaga supaya tidak ada satu titik air pun yg tumpah. Dan 'barang amanah' itu semakin lama semakin besar dan berat dari hari ke hari. Terlalu sukar untuk membawanya kemana-mana dan terkadang culas dalam menjaganya. Begitulah juga menjadi amilin islam, semakin hari, semakin meningkat usia kita, semakin banyak dan berat tanggungjawab yg perlu dipikul. Sungguh, tanggungjawab itu lebih banyak dari waktu yg ada.

Buat Nurul Ain, 

Hakikatnya, segalanya bergerak dalam qudrat dan iradat Allah Taala. Tidak ada satu pun yg terlepas dari izin-Nya. Dan tidak ada satupun yg sia-sia. Jangan pernah letih dan jemu dalam melaksanakan kerja-kerja islam. Kerana kekuatan itu ada pada dirimu, jika tidak mustahil Allah memberi. :)

Ada tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Arsy Allah Taala dimana tidak ada naungan kecuali hanya naungan Allah Taala, iaitu pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dalam ibadah kepada Allah Ta’ala, seorang yg hatinya senantiasa bergantung di masjid, dua orang yang saling mencintai karena Allah Ta’ala mereka berkumpul kerana Allah dan mereka pun berpisah juga karena Allah Ta’ala, seorang yang diajak wanita untuk berbuat yang tidak baik, dimana wanita tersebut memiliki kedudukan dan kecantikan, namun ia mampu mengucapkan, “Sungguh aku takut kepada Allah”,seorang yang bersedekah dan dia sembunyikan sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya, seorang yang mengingat Allah dalam keadaan sendirian sehingga kedua matanya meneteskan air mata.

Hendaklah perbaharui keyakinan , tetapkan matlamat dan hala tuju. kekuatan pertama ialah keyakinan (iman). 
(Imam Hassan al-Banna)


Fa siiru 'ala barakatillah! :)


Comments

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Hadiah Buat Nur Atiqah Ibrahim. ^^

Assalamualaikum.. Post kali nie khas buat anak usrah saya Nur Atiqah Ibrahim. Dia anak usrah saya yang sangat baik. Disebabkan group usrah kami ada 3 orang je (tiqah, ain, akak. haha.) kami jadi rapat, lebih-lebih lagi bergerak kerja dalam jabatan yg sama, JT. selalu lepas usrah, memang bercerita pasal JT. Haha. Tak pernah bosan dengar celoteh, bebelan budak-budak nie. Haha. Banyak kenangan dengan budak nie. Dialah penumpang sejati saya bila pergi meeting LTK. Lepas balik meeting mesti jalan-jalan, beli neslo ais (minuman kegemaran budak nie), cerita-cerita atas moto. Haha. Ingat lagi masa tu, waktu-waktu 'menggila', tugasan, test, projek bertingkek-tingkek, masing-masing meluahkan keserabutan, kesedihan masing-masing atas moto sambil menangis.  Sekarang nie masing-masing dah besar. Masa pantas berlalu. Hari demi hari, usia kita semakin meningkat dan tanggungjawab juga semakin banyak. Walaupun saya jarang jumpa kamu, tapi saya selalu dengar cerita kamu dari 'seseoran...

Daurah Isra' & Mi'raj, Pondok Ledang. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا  بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai pemimpin para pejuang, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai penuntun petunjuk Ilahi, Duhai makhluk yang terbaik, Selawat dan salam semoga tercurahkan atasmu, Duhai penolong kebenaran, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Wahai Yang Memperjalankanmu di malam hari, Dialah Yang Maha Melindungi, Engkau memperoleh apa yang kau peroleh sementara semua manusia tidur, Semua penghuni langit melakukan solat di belakangmu dan engkau menja...