Skip to main content

Sirah Pemuda yang Menjaga Pandangan Matanya.


Dalam syarahan kitab anak kunci syurga, bab rukun solat (membaca al-fatihah), syeikh berkata:

“Rebutlah peluang pengampunan dosa disaat kita menyebut aamiiinn selepas membaca al-fatihah didalam solat kita. Kerana kita terlalu banyak dosa. Dosa yang kecil itu jangan selamanya dipandang kecil kerana dosa yang kecil apabila dikumpul maka jadilah ia dosa besar. Melihat aurat wanita bukan mahram itu berdosa. Terkadang kita selalu  memandang remeh soal ini.”

Kemudian syeikh bercerita tentang sirah seorang sahabat nabi yang bernama Abdul Rahman Bin Tsa’labah. Suatu hari rasulullah memintanya untuk membeli barang. Beliau adalah pembantu rasulullah maka beliau pun pergi membeli barang tersebut. Semasa didalam perjalanan hendak membeli barang, beliau melalui sebuah rumah  dan tidak semena-mena datang pula angin yang menyebabkan terselaknya kain dipintu rumah tersebut. Lalu terlihatlah oleh Abdul Rahman Bin Tsa’labah akan aurat seorang wanita yang sedang berkemban tanpa sengaja.

Kemudian timbul rasa bersalah dan berdosa yang teramat sangat didalam hatinya sungguhpun perbuatannya itu tidak disengajakan iaitu bukanlah diatas kehendaknya (kerana angin yang meniup). Kata syeikh Ibrahim, inilah petanda orang ‘alim. Oleh kerana rasa bersalah yang amat berat ditanggung oleh hatinya, maka dia pun ke suatu tempat ditepi bukit dan termenunglah dia disana lalu diperbanyakkan oleh Abdul Rahman Tsa’labah akan istighfar dan akhirnya dia merasa takut untuk pulang. Abdul Rahman Tsa’labah merasakan melihat aurat wanita itu adalah perkara besar. Lalu dia pun menangis dan terus menangis tanpa henti hingga bengkak matanya, kurus badannya kerana tidak mahu makan dan minum.

Rasulullah menunggu-nunggu kepulangan Abdul Rahman Tsa’labah, namun tidak juga dia pulang. Maka rasulullah dan sahabat mula mencari Abdul Rahman Tsa’labah. Dicarinya Abdul Rahman Tsa’labah diserata tempat. Kemudian sampailah mereka ke suatu tempat, lalu Sayyiduna Umar al-Khatab yang turut mencari Abdul Rahman Tsa’labah menerangkan tentang nama, sifat-sifat Abdul Rahman Tsa’labah kepada orang-orang dikawasan itu.

“Adakah maksudmu orang ini yang kerjanya hanyalah menangis sahaja siang dan malam?”

Sayyiduna Umar juga tidak tahu adakah yang dimaksudkan orang yang menangis itu adalah Abdul Rahman Tsa’labah atau bukan. Namun setelah dibawa dan ditunjukkan kepada Sayyiduna Umar kepada orang yang dimaksudkan oleh mereka yang selalu menangis itu, maka benarlah bahawa itu Abdul Rahman Tsa’labah. Sudah beberapa hari tidak pulang, tidak makan, tidak minum. Lalu bertanya Sayyiduna Umar,

“Mengapakah engkau tidak mahu pulang wahai Abdul Rahman Tsa’labah?”

“Aku malu hendak pulang wahai Umar”

Sayyiduna Umar memaksa Abdul Rahman Tsa’labah pulang. Sayyiduna Umar yang terkenal dengan ketegasan beliau, tiada siapa yang berani menolak permintaannya. Namun, Abdul Rahman Tsa’labah bertegas juga tidak mahu pulang. Kata Sayyiduna Abdul Rahman Tsa’labah:

“Aku tidak mahu pulang selagi mana aku tidak melihat tangga keampunan Allah Taala”

Kata Sayyiduna Umar:

“Tak boleh begitu wahai Abdul Rahman Tsa’labah. Aku mesti membawa engkau pulang.”

Lalu Sayyiduna Umar memikul Sayyiduna Abdul Rahman Tsa’labah dan meronta-rontalah dia tidak mahu pulang, lalu pengsanlah dia Abdul Rahman Tsa’labah. Dia dipikul oleh Sayyiduna Umar kembali ke tempat Nabi saw. Menangis Nabi saw kerana sedih melihat keadaan Sayyiduna Abdul Rahman Tsa’labah. Dipangkunya Sayyiduna Abdul Rahman Tsa’labah di pangkuan rasulullah dalam keadaan dirinya sedang pengsan lalu terjagalah dia kerana air mata rasulullah yang jatuh diwajahnya. Setelah Sayyiduna Abdul Rahman Tsa’labah bangkit dari pengsan, dia berkata:

“Wahai rasulullah, jauhkan kepalaku dari pehamu. Aku ini orang berdosa.”

Sayyiduna Abdul Rahman Tsa’labah meronta-ronta sampailah dia berkata:

“Wahai rasulullah, telah sejuk kakiku.”

Fahamlah nabi saw akan petanda datangnya ajal.

Sayyiduna Abdul Rahman Tsa’labah merupakan salah seorang sahabat Nabi saw yang mana rasulullah sendiri yang menguruskan jenazahnya, memandikan, mengkafankan, solatkan dan memikul jenazah Sayyiduna Abdul Rahman Tsa’labah.

Disaat rasulullah memikul jenazahnya Sayyiduna Abdul Rahman Tsa’labah ke kubur, begitu ramainya manusia yang mengiringi jenazah Sayyiduna Abdul Rahman Tsa’labah ke kubur. Sayyiduna Umar al-Khatab yang berada di hadapan rasulullah berkata:

“Ketepi, ketepi!”

Dek kerana ramainya manusia yang mengiringi jenazahnya. Sungguhpun begitu, Sayyiduna Umar melihat Nabi saw berjalan terhinjut-hinjut. Lalu Sayyiduna Umar bertanya:

“ya Rasulullah, aku melihat engkau berjalan terhinjut-hinjut padahal aku sudah mengetepikan orang”

Lalu rasulullah menjawab,

“Malaikat dilangit semuanya turun wahai Umar” 

Banyaknya malaikat yang turun untuk bersama-sama mengirigi jenazahnya Sayyiduna Abdul Rahman Tsa'labah.

Inilah dia kisah orang yang menjaga kedua matanya.

Syeikh berkata, dosa mata kita ini dengan ihsan Allah Taala bagi ampun semasa membaca Aaminnn bersama imam dan makmum.

Wallahualam.

Nota Kuliah Syeikh Ibrahim Masran, Pondok Ledang.

Kitab Anak kunci Syurga, bab rukun solat.


Comments

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Jaulah Meneladani Keperibadian Sayyidah Fatimah az-Zahra (Part 1) :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Yaa syaikhana.. ya syaikhana.. Syaikh Ibrahim Masran.. Ya habibana.. ya habibana.. nuhibbukum fillah.. Antum mursyiduna.. antum thobibuna.. Murabbi ruhina.. Allah yahfazukum.. Duhai tuan guru.. duhai tuan guru.. Syeikh Ibrahim Masran.. Engkau pemimpinku, engkau pembimbingku, ku mengasihimu.. Engkaulah sinaran.. dalam kegelapan.. Engkaulah minuman.. dalam kehausan.. Tegas ajaranmu, lembut didikanmu, melentur jiwaku.. Mengajarkan ilmu, tanpa rasa jemu, hilangkan jahilku.. Engkaulah penyuluh.. dalam kesamaran.. Engkaulah perungkai dalam kekusutan.. Mengenalkan Tuhan.. rasa kehambaan.. adab kesufian.. Mencintai nabi, indahkan rohani, murni dari hati.. Engkaulah penunjuk.. jalan kebenaran.. Engkaulah pembimbing.. jalan keedhoan.. -Qasidah ya Syaikhana Syaikh Ibrahim Masran- (Pondok Ledang, Ramadhan 2017) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhhh.. phew~ Allah.. lama banget nie tak menulis di ...

'La Taqnatu, Usah berputus asa!'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Rasulullah saw bersabda : "Insan sempurna dari kalangan lelaki itu ramai. Tiada sempurna daripada wanita kecuali empat iaitu Khadijah Binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad, Asiah Binti Muzahim dan Maryam Binti Imran. Kelebihan Aisyah berbanding wanita lain pula umpama tsarid berbanding makanan selainnya." "Siapa kita hendak berputus asa dengan diri sendiri jika Allah Taala tidak pernah berputus asa dengan hamba-hamba-Nya" Ketahuilah hai diri, tidak ada noktah perjuangan dalam menjadi mawar agama.  "Selagi mana kita...