Skip to main content

N.I.K.A.H Part 1. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


"Adalah sekalian perempuan-perempuan muda akan datang menjadi isteri dan ibu"

Hai perempuan-perempuan yang ber'aqal, adalah kenyataan hal-hal engkau, tak dapat tiada engkau akan lihat akan dia pada akhirnya kelak. Maka dari sebab itu, hendaklah engkau bersedia bagi diri engkau pada masa akan datang, supaya menetapkan hati dan melapangkan dada engkau, kerana tiada berkekalan engkau seperti yang ada ini, dan tiadalah selama-lamanya diri engkau itu kecil sahaja, tetapi akan datang pada suatu masa, tidak dapat tiada engkau diberati akan berkhidmat kepada suami dan menyempurnakan segala maslahat-maslahat rumahtangga dan mendidik anak-anak engkau. 

Berbahagialah perempuan-perempuan muda yang bersuamikan laki-laki yang soleh dan ber'aqal lagi betul segala hal ihwalnya itu, dan malanglah kelak perempuan-perempuan yang bersuamikan laki-laki yang jahat perangai dan tingkah lakunya itu.

Tiadalah patut perempuan-perempuan itu terpedaya dengan orang yang meminangnya itu, apabila ia nampak banyak harta bendanya dan nyata baik paras dan  moleknya pakaiannya itu dan janganlah terpedaya dengan perkataan-perkataan orang yang meminangnya itu, tetapi hendaklah ia mengamat-amati akan kebetulan hal ihwalnya serta baik tingkah lakunya itu. Maka awal yang wajib diseledik dan diperhatikan ialah hal ihwalnyaorang yang meminang itu, demikian juga segala adab ahli-ahlinya itu, kerana iaitulah yang terlebih mustahaq masuk kepada tuntutan kahwin. bukanlah laki-laki yang dikatakan bijaksana itu dengan sebab luas kebun halaman, banyak wang dan harta bendanya itu, tetapi ialah laki-laki yang beradab, dan beraqal, dan orang yang bersih usul asalnya, lagi baik perangai dan nafsunya. 

Maka alangkah tingginya perkataan seorang pendeta kepada seorang laki-laki yang meminta nasihat pada perkahwinan anak perempuannya, katanya:

"Kahwinkanlah anak engkau dengan orang yang takutkan Allah kerana jika kasihkan anak engkau, nescaya dimuliakannya. Dan jika ia marah, maka tiadalah dianiayakannya"


Hai perempuan-perempuan yang ber'aqal, maka hendaklah engkau mengamat-amati sebelum ia berkahwin dengan dikau, dan tiliklah orang yang berkenan dikau itu. 

Telah berkata Asma'i:

Aku pergi ke kampung orang Badwi, maka terpandanglah aku akan seorang perempuan yang amat molek, maka aku pun berhenti dengan mengucap tasbih akan Allah oleh kerana keelokan perempuan itu. Tiba-tiba datang seorang laki-laki miskin lagi hodoh rupa dan pakaiannya, maka dihormatkan oleh perempuan itu dengan sebaik-baik hormat dan berkhidmat ia dengan sempurna khidmat serta sentiasa ia mengadap laki-laki itu. 

Maka dengan itu tercenganglah aku memandang keduanya itu, maka berkata perempuan itu kepadaku, katanya:

"Hai tuan Shaykh, mengapa tuan tercengang memandang saya berdua?"

Kataku:

"Saya lihat puan telah dikurniakan oleh Allah keelokan rupa paras, maka mengapakah sebab hendak akan laki-laki yang tiada berpadan dengan puan? Dan tiadakah laki-laki yang lain lagi daripada qawm kerabat puan?"

Maka dijawab oleh perempuan itu, katanya:

"Hai tuan Shaykh, adalah perkataan tuan itu tiada betul sekali-kali kerana tiada saya kasih akan sesuatu daripada dunia ini lain daripadanya, kerana ia menyempurnakan kehendak-kehendak saya daripada pakaian dan makanan. Dan tiadalah ia memaksa akan saya daripada perkara yang payah-payah. Dan tiada ditanggungkannya kepada saya akan barang yang tiada terkuasa saya menanggungnya, maka dari sebab itu, tiadakah saya menerima kasih dan beradab kepadanya dengan sebab elok pemberian dan banyak kebajikannya? Oh, katakanlah saya mempunyai keelokan rupa paras dan adab bagaimana yang tuan sebutkan itu. Maka bukankah Allah yang telah mengurniakan kepada saya. Maka saya puji akan Allah dan saya sabar. Dan katakanlah ia tiada layak pada kejadian (rupanya) itu, padahal Allah telah mengurniakan kepada saya, maka saya syukur akan Allah kerana orang yang syukur, yang memuji dan yang sabar itu bagaimana tuan dengar tempatnya ialah di dalam syurga."

Hai perempuan-perempuan, ketahui olehmu bahawa adalah kemuliaan ilmu itu terlebih tinggi daripada segala kemuliaan. 


Dipetik dari kitab Adab-adab Perempuan. Wallahu'alam. 



Comments

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Hadiah Buat Nur Atiqah Ibrahim. ^^

Assalamualaikum.. Post kali nie khas buat anak usrah saya Nur Atiqah Ibrahim. Dia anak usrah saya yang sangat baik. Disebabkan group usrah kami ada 3 orang je (tiqah, ain, akak. haha.) kami jadi rapat, lebih-lebih lagi bergerak kerja dalam jabatan yg sama, JT. selalu lepas usrah, memang bercerita pasal JT. Haha. Tak pernah bosan dengar celoteh, bebelan budak-budak nie. Haha. Banyak kenangan dengan budak nie. Dialah penumpang sejati saya bila pergi meeting LTK. Lepas balik meeting mesti jalan-jalan, beli neslo ais (minuman kegemaran budak nie), cerita-cerita atas moto. Haha. Ingat lagi masa tu, waktu-waktu 'menggila', tugasan, test, projek bertingkek-tingkek, masing-masing meluahkan keserabutan, kesedihan masing-masing atas moto sambil menangis.  Sekarang nie masing-masing dah besar. Masa pantas berlalu. Hari demi hari, usia kita semakin meningkat dan tanggungjawab juga semakin banyak. Walaupun saya jarang jumpa kamu, tapi saya selalu dengar cerita kamu dari 'seseoran...

Daurah Isra' & Mi'raj, Pondok Ledang. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا  بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai pemimpin para pejuang, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai penuntun petunjuk Ilahi, Duhai makhluk yang terbaik, Selawat dan salam semoga tercurahkan atasmu, Duhai penolong kebenaran, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Wahai Yang Memperjalankanmu di malam hari, Dialah Yang Maha Melindungi, Engkau memperoleh apa yang kau peroleh sementara semua manusia tidur, Semua penghuni langit melakukan solat di belakangmu dan engkau menja...