بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Sesungguhnya, pada setiap solat itu terdapat beberapa waktu, iaitu ada waktu fadhilat, ada waktu jawwaz, ada waktu ikhtiyar dan ada waktu haram. Adapun waktu fadhilat dalam menunaikan solat Isyak ada dua waktu, yang pertama adalah sekitar 15-20 minit selepas masuk waktu isyak. Ulama' dahulu kebanyakannya meninggalkan waktu fadhilat yang pertama dan mengambil waktu fadhilat yang kedua. Waktu fadhilat yang kedua sekitar pukul 12 tghmlm, pukul 3 pagi. Dan Nabi saw banyak mengerjakan solat isyak pada waktu fadhilat yang kedua.
"Sesungguhnya malam itu panjang, janganlah engkau pendekkan dengan tidur. Sesungguhnya siang itu bercahaya, jangan kamu gelapkan ia dengan dosa."
Para sahabat dahulu, waktu malamnya diisi dengan muzakarah, belajar, mentelaah ilmu, mengaji, menulis kitab dan sebagainya. Amat sedikit tidurnya. Apabila terbit matahari, mereka menangis. Manfaatkanlah waktu malammu.
"Hidupkanlah malam-malammu dengan mengaji sifat-sifat Allah"
-Tuan Guru Haji Zaini-
Yang dikatakan belajar itu (tholabul 'ilmi), akalnya berjalan, tangannya berjalan, adabnya berjalan. Tidaklah dikira tholabul 'Ilmi jika mengambil ilmu dalam bersantai-santai, belajar sambil makan kuaci, niat hadir pengajian hanya memenuhi syarat kedatangan, fikirannya menerawang kesana kemari semasa belajar.
"Kerana ilmu itu cahaya yang masuk kedalam hati"
Ilmu tidak boleh masuk ke dalam hati jika didalam hati ada anjing. Anjing itulah maksiat, dengki, takabbur. Adab yang tinggi kepada guru itu mendatangkan berkat. Ulama' dahulu mujahadahnya tinggi. Makan roti yang keras cecah dengan air. Makannya ala kadar. Jadi tidak hairan jika mereka menghasilkan kitab beribu mukasurat, beratus jilid. Adab inilah yang menyampaikan.
"Pakaian yang paling indah bagi penuntut ilmu adalah tawadhu'. Selama dia tawadhu', ilmunya akan berkembang"
Wallahu'alam.
Kalam Syaikh Ibrahim bin Masran Al Banjari Hafizahullahu Ta'ala, Pondok Ledang.
Comments
Post a Comment