Skip to main content

SMKA Maahad Muar di hati. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ



Merindui sekolah ini dan pelajarnya. Dalam beberapa buah sekolah yang dikunjungi untuk tujuan kaji selidik, sekolah ini selalu menjadi ingatan di hati dan dirindui kerana akhlak guru dan pelajarnya yang sangat baik. Mereka penyejuk hati setiap mata yang memandang. Beruntungnya kamu dik ditempatkan disini". 

   
Menunggu ketibaan budak-budak nie ke dewan untuk menjawab soalan soal selidik, sangatlah 'tidak cepat'. kuikui. 

"Minta maaf cikgu, kami solat zohor tadi"

"Pakej solat taubat sekali ke?"

Haha. Saje ngusik. 



Apa yang pasti, sikap pelajar lelaki tak sama dengan pelajar perempuan. Nak mengurus dan kawal budak lelaki sangatlah meletihkan sebenarnya, walaupun mereka dah besar. Kuangkuang. Sangat perlukan kesabaran yg tinggi.

"Cikgu cikgu, apa maksud perkataan nie?"

"Iya sabar, nak terangkanlah nie. Aduii"  

Macam-macam perangai, karenah. 

"Pelajar lelaki nie dah siap jawab ke belum? Asyik bersembang je."

"Kejap cikgu, kami tengah syura."

"Jawab soal selidik takyah syura. Lagi satu, tak payah meniru dan jangan pengaruhi kawan awak masa dia jawab soal selidik. Biar dia jawab seikhlas hati, faham."

"Oh, baik cikgu"

Pelajar perempuan behave. Hebat usaha guru-guru mendidik, menanam sifat malu dan iffah dalam diri anak-anak ini. 



Sampailah ke soalan yang terakhir untuk soal selidik, 

"Ok baik, siapakah idola anda?"

"Cikgulah idola saya"

"Astaghfirullah"

"Pemain bola sepak"

"Krik krik"

"Cikgu, idola saya diri saya sendiri"

"Ermm..Ermm.."

"Rasulullah lah weyh"


Akhirnya, jawapan yang ku tunggu keluar jua.

Pertemuan yang sangat singkat, namun macam-macam yang ku pelajari. Apa yang menjadi tumpuan utama semasa disini adalah memerhatikan akhlak guru-gurunya. Qudwah hasanah. Guru-guru memberi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak maahad terutamanya dari segi perkataan. Ucapan yang keluar dari mulut guru disini lembut, sopan, berilmu dan hikmah.   

Pernah suatu masa, ku ajukan soalan buat ummi:

"Ummi, apa yang membuatkan ummi terus kuat nak mengajar dekat Maahad?"

"Syeikh suruh khidmat untuk anak-anak maahad. Mereka perlukan qudwah sebenarnya. Qudwah hasanah. Tapi nak pupuk akhlak baik pada anak-anak maahad ambil masa, tak sekejap. Nasihat kena berulang kali. Kena sabar dalam mendidik. Apa-apa pun, kita bersangka baik aje"

Akhlakmu, hai guru..









Comments

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Hadiah Buat Nur Atiqah Ibrahim. ^^

Assalamualaikum.. Post kali nie khas buat anak usrah saya Nur Atiqah Ibrahim. Dia anak usrah saya yang sangat baik. Disebabkan group usrah kami ada 3 orang je (tiqah, ain, akak. haha.) kami jadi rapat, lebih-lebih lagi bergerak kerja dalam jabatan yg sama, JT. selalu lepas usrah, memang bercerita pasal JT. Haha. Tak pernah bosan dengar celoteh, bebelan budak-budak nie. Haha. Banyak kenangan dengan budak nie. Dialah penumpang sejati saya bila pergi meeting LTK. Lepas balik meeting mesti jalan-jalan, beli neslo ais (minuman kegemaran budak nie), cerita-cerita atas moto. Haha. Ingat lagi masa tu, waktu-waktu 'menggila', tugasan, test, projek bertingkek-tingkek, masing-masing meluahkan keserabutan, kesedihan masing-masing atas moto sambil menangis.  Sekarang nie masing-masing dah besar. Masa pantas berlalu. Hari demi hari, usia kita semakin meningkat dan tanggungjawab juga semakin banyak. Walaupun saya jarang jumpa kamu, tapi saya selalu dengar cerita kamu dari 'seseoran...

Daurah Isra' & Mi'raj, Pondok Ledang. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا  بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai pemimpin para pejuang, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai penuntun petunjuk Ilahi, Duhai makhluk yang terbaik, Selawat dan salam semoga tercurahkan atasmu, Duhai penolong kebenaran, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Wahai Yang Memperjalankanmu di malam hari, Dialah Yang Maha Melindungi, Engkau memperoleh apa yang kau peroleh sementara semua manusia tidur, Semua penghuni langit melakukan solat di belakangmu dan engkau menja...