Skip to main content

Keluarga Kecil Kami, Usrah U.P.T.A! :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkan-Mu
Bertemu dan patuh pada-Mu
Bersatu memikul dakwah-Mu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mandaulat dan mendokong syariat-Mu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya rabbani-Mu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman

Buat anak-anak usrah yang dikasihi, jazakumullah khairan kathira ku ucapkan buat diri kalian. Diriku ditaklifkan sebagai naqibah bukan bermakna aku yang terbaik, bahkan jiwa ini yang paling banyak menerima dan mempelajari akhlak yang baik dari kalian. Gelagat-gelagat yang mencuit hati dan terkadang menguji kesabaran, merupakan suatu bentuk tarbiyyah buat diriku agar menjadikan aku seorang hamba-Nya yang banyak bersabar dan tidak pernah putus meneladani akhlak nabi saw. Walau terkadang rasa putus asa, merasa diri ini bukan insan yang selayaknya untuk mereka, namun mereka tidak pernah putus memberi semangat buat diriku untuk terus memperbaiki diri. Walau susah, walau berat, namun terselit kemanisannya. Ana uhibbukum fillah. 


U.S.R.A.H E.X.A.M W.E.E.K

Usrah semasa minggu-minggu peperiksaan beserta silibus peranan muslimat di medan amal islami bukanlah suatu yang menyeronokkan sejujurnya. kuikui. Selalunya, usrah di minggu-minggu peperiksaan dibekukan, tetapi tidak pada kali ini, usrah tetap diteruskan. Sungguhpun selepas menjawab exam, tidak langsung terbawa-bawa 'mood' murung dan tertekan. Keluarga kecil kita, syurga buat kita bersama. :)

Hari ini, menulusuri peribadi srikandi al-Quran, Sayyidatina Maryam Binti Imran. Di dalam al-Quran, Allah menekankan beberapa contoh wanita syurgawi, diantaranya Sayyidatina Maryam dan Sayyidatina Asiah. Nabi saw bersabda:

"Penghulu wanita di syurga ada empat, iaitu Maryam, Asiah, Khadijah dan Fatimah"

Al-Quranul Karim banyak menyentuh tentang wanita dari aspek kehormatan atau maruah atau akhlak. Daripada ini, dapat dilihat betapa pentingnya wanita terhadap penjagaan kehormatan diri yang menjadi asbab baiknya keluarga, baiknya masyarakat bahkan baiknya ummat di atas muka bumi ini bergantung kepada peranan wanita itu sendiri. 

وَمَرْيَمَ ٱبْنَتَ عِمْرَٰنَ ٱلَّتِىٓ أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَٰتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِۦ وَكَانَتْ مِنَ ٱلْقَٰنِتِينَ

"Dan Maryam puteri Imran yang menjaga kehormatannya, lalu beriman kepada Allah dan kitab-kitab Allah dan termasuk orang yang taat dan khusyuk kepada Allah Taala."
Surah at-Tahrim:12

Duhai diri, jika ingin menjadi wanita yang mengikut manhaj al-Quran, usahakanlah keperibadian sayyidatina maryam ini dalam dirimu. Jadilah wanita yang menjaga kehormatan, beriman kepada Allah, beriman kepada kitab Allah dan jadilah orang yang taat dan khusyuk kepada Allah Taala. 

"Akak, adakah kehormatan diri berkait dengan malu?"

Soalan itu diajukan kepadaku. Kamu benar, dik. Hatiku terpukul dengan soalannya, kerana amat tahu kelemahan diri sendiri, masih kurang lagi sifat malu yg mengisi hati. 


Semoga setiap jiwa tidak pernah berputus asa meneladani akhlak wanita syurgawi sehingga akhlak mereka menjadi pakaian kita. Terlalu banyak pelajaran dari kisah sayyidatina maryam di dalam al-Quran untuk kita ambil perhatian. Duhai wanita al-Quran, dikau keindahan yang sebenar-benarnya, akhlakmu penyejuk hatiku.




كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ

“Sesungguhnya akhlak Nabi saw adalah Al-Quran"



Wallahu'alam.




Comments

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Hadiah Buat Nur Atiqah Ibrahim. ^^

Assalamualaikum.. Post kali nie khas buat anak usrah saya Nur Atiqah Ibrahim. Dia anak usrah saya yang sangat baik. Disebabkan group usrah kami ada 3 orang je (tiqah, ain, akak. haha.) kami jadi rapat, lebih-lebih lagi bergerak kerja dalam jabatan yg sama, JT. selalu lepas usrah, memang bercerita pasal JT. Haha. Tak pernah bosan dengar celoteh, bebelan budak-budak nie. Haha. Banyak kenangan dengan budak nie. Dialah penumpang sejati saya bila pergi meeting LTK. Lepas balik meeting mesti jalan-jalan, beli neslo ais (minuman kegemaran budak nie), cerita-cerita atas moto. Haha. Ingat lagi masa tu, waktu-waktu 'menggila', tugasan, test, projek bertingkek-tingkek, masing-masing meluahkan keserabutan, kesedihan masing-masing atas moto sambil menangis.  Sekarang nie masing-masing dah besar. Masa pantas berlalu. Hari demi hari, usia kita semakin meningkat dan tanggungjawab juga semakin banyak. Walaupun saya jarang jumpa kamu, tapi saya selalu dengar cerita kamu dari 'seseoran...

Daurah Isra' & Mi'raj, Pondok Ledang. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا  بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai pemimpin para pejuang, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai penuntun petunjuk Ilahi, Duhai makhluk yang terbaik, Selawat dan salam semoga tercurahkan atasmu, Duhai penolong kebenaran, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Wahai Yang Memperjalankanmu di malam hari, Dialah Yang Maha Melindungi, Engkau memperoleh apa yang kau peroleh sementara semua manusia tidur, Semua penghuni langit melakukan solat di belakangmu dan engkau menja...