Skip to main content

Itu Sebenarnya Nikmat....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا 
بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ






Hidup di dunia adalah untuk mencari bekalan akhirat…

Pengalaman beberapa minggu menanggung kerisauan… membuatkan diriku berfikir… ya Allah, bagaimana agaknya perasaan orang-orang yang berhadapan dengan penyakit kanser… bagaimana untuk mereka lalui hari demi hari, detik demi detik yang di takdirkan untuk mereka lalui sebagai seorang penyakit kanser…

Penyakit kanser… wujudnya tak di rasai… menyembuhkannya tidak pula mudah… bahkan tidak pula sekejap…

Buatmu insan yang sedang di uji dengan penyakit-penyakit kronik, ketahuilah bahawa sesungguhnya setiap insan yang hidup sedang di uji, ada yang di uji dengan kesusahan ada pula yang di uji dengan kesenangan… engkau adalah insan istimewa yang di pilih Allah… engkau di uji dengan kesusahan, kesedihan, kesakitan, kelemahan sedang engkau begitu taat kepada Allah Taala… tahajjud tidak tinggal, al-Quran ditatap selalu, lisan yang sentiasa berzikir dan selawat, hati yang bergantung harap kepada Allah, jiwa yang kuat tak putus asa terhadap takdir Allah, hati yang selalu bersangka baik terhadap ketentuan Allah… sungguh, ini keuntungan besar…

Sedang mereka yang diulit kesenangan, jarang sekali mereka bangkit tahajjud… tetapi engkau, sungguhpun letih bertarung nyawa dengan penyakit, engkau kuat bangkit tahajjud memanjat doa…mereka yang diulit kesenangan, sukar sekali untuk mengingati Allah dan Rasul-Nya, tidak menghargai masa, melewat-lewatkan solat, sedang engkau bersungguh-sungguh merintis jalan ke pintu syurga… sungguh ini semua nikmat dari Allah… terkadang melihat dengan kaca mata akhirat, lebih mengkayakan hati bahkan itu juga yang di ajar oleh Kitabullah dan Rasul-Nya… dunia adalah tempat berpenat lelah, akhirat itulah tempat berehat… Hati yang berharga, adalah hati yang selalu mengingati mati dan mempersiapkan bekalan akhirat…

Sabar….Redha….Ikhlas… Semua yang berlaku atas diri setiap hamba dengan Qudrah dan Iradah Allah…. Allah Maha Tahu, Allah Maha Mendengar… Jika Allah berkehendak, semuanya akan bertukar dengan sekelip mata…Lihatlah mukjizat para Nabi di dalam al-Quran, bagaimana api yang Panas tidak membakar Nabi Ibrahim, bagaimana isteri yang mandul, Boleh memberi anak kepada Nabi Zakariyya berkat doa yang tak putus… al-Quran adalah ubat segala penyakit terutamanya penyakit hati…. Hati yang sedih, risau, tak keruan… kerana itulah Nabi tidak pernah meninggalkan al-Quran walau senang dan susah….

Teringat akan kisah seorang Ibu mengidap Kanser Darah yang mempunyai 2 orang anak lelaki, 2 orang Menantu....Tetapi kedua-dua Anaknya tidak Mahu menjaganya....Hidup sebatang kara walau punya Anak.... Berulang-alik dari Hospital menjalani Rawatan, Terkadang Naik Bas, Kadang Jalan Kaki.... Buat Chemo Seorang diri....Lepas Chemo Jalan Jauh menunggu Bas....Untung Nasib ada seorang insan yang simpati tolong menjaga Ibu ini....Semuanya ditanggung Sendiri hingga akhir Hayatnya.... Sakit Bertarung Nyawa sebelum menghembuskan nafas terakhir, Tidak pula anak Mengusungnya di Hospital.... Untung ada yang Simpati.... Anak bukannya Jauh, duduk sekampung.... Sakit Ibu ini tidak ditunjuk, kecuali apabila ada yang menjenguk barulah tahu dia Sakit....

Dalam susah kita, ada lagi Insan yang lebih susah....

Semoga dengan ujian yang diberikan kita menikmati keindahan hidup bertauhidkan Allah Taala, Dialah Tuhan yang layak dikasihi dan ditakuti….Dialah segala-galanya….Setiap penyakit Pasti ada Ubatnya, kecuali Mati....Selagi Berdaya, carilah Ubatnya, Usah berputus Harap....Moga Ujian yang ditempuhi penutupnya adalah Khusnul Khotimah dan Syurga Firdausi…. Orang yang Mencari Kasih Tuhan tak akan dikecewakan... Tiada guna mencari Kasih Makhluk... Rungkailah hikmah di sebalik takdir, usah menemplak takdir... Jika dari Allah, tiada yang sia-sia...


Pesanan:
Mencegah lebih baik dari merawat….Health is Wealth…Jaga selalu apa yang masuk di dalam mulut kita….Ubah apa yang menjadi kebiasaan, Kebiasaan tidak selaunya betul, Biasakan apa yang betul….Nafsu perlu dilatih…


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Jaulah Meneladani Keperibadian Sayyidah Fatimah az-Zahra (Part 1) :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Yaa syaikhana.. ya syaikhana.. Syaikh Ibrahim Masran.. Ya habibana.. ya habibana.. nuhibbukum fillah.. Antum mursyiduna.. antum thobibuna.. Murabbi ruhina.. Allah yahfazukum.. Duhai tuan guru.. duhai tuan guru.. Syeikh Ibrahim Masran.. Engkau pemimpinku, engkau pembimbingku, ku mengasihimu.. Engkaulah sinaran.. dalam kegelapan.. Engkaulah minuman.. dalam kehausan.. Tegas ajaranmu, lembut didikanmu, melentur jiwaku.. Mengajarkan ilmu, tanpa rasa jemu, hilangkan jahilku.. Engkaulah penyuluh.. dalam kesamaran.. Engkaulah perungkai dalam kekusutan.. Mengenalkan Tuhan.. rasa kehambaan.. adab kesufian.. Mencintai nabi, indahkan rohani, murni dari hati.. Engkaulah penunjuk.. jalan kebenaran.. Engkaulah pembimbing.. jalan keedhoan.. -Qasidah ya Syaikhana Syaikh Ibrahim Masran- (Pondok Ledang, Ramadhan 2017) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhhh.. phew~ Allah.. lama banget nie tak menulis di ...

'La Taqnatu, Usah berputus asa!'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Rasulullah saw bersabda : "Insan sempurna dari kalangan lelaki itu ramai. Tiada sempurna daripada wanita kecuali empat iaitu Khadijah Binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad, Asiah Binti Muzahim dan Maryam Binti Imran. Kelebihan Aisyah berbanding wanita lain pula umpama tsarid berbanding makanan selainnya." "Siapa kita hendak berputus asa dengan diri sendiri jika Allah Taala tidak pernah berputus asa dengan hamba-hamba-Nya" Ketahuilah hai diri, tidak ada noktah perjuangan dalam menjadi mawar agama.  "Selagi mana kita...