Skip to main content

Kunci rukun iman. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا 
بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ




Berkata Syeikh Ibrahim al-Bajuri rahimahullah:

"Wahai mereka yang baru belajar, hendaklah engkau menuntut ilmu. Sesungguhnya, ilmu-ilmu yang lain adalah hamba kepada ilmu Tauhid."


Berkata Syeikh Ibrahim al-Laqqani rahimahullah:

"Setiap orang yang taqlid dalam ilmu tauhid, maka imannya tidak sunyi daripada mempunyai keraguan"


apabila ku baca untaian nasihat ini, baru ku fahami, mengapa ummi selalu menasihati ku supaya bersungguh-sungguh mengaji dan memperdalami ilmu aqidah. Selalu syeikh pesan, kena selalu minta pada Allah supaya kita cinta kpd ilmu tauhid, kena doa minta Allah beri kita faham ilmu tauhid. sebab itulah, syeikh ijazahkan selawat nuril fahmi, baca selalu.

Bermula agama dengan wajib mengimani rukun iman yang enam, iaitu:

1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Rasul
3. Beriman kepada Malaikat
4. Beriman kepada Kitab
5. Beriman kepada Hari akhirat
6. Beriman kepada Qada' dan Qadar

Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa kunci utama keimanan pada rukun iman adalah keimanan kepada rasul. Ini kerana rasul adalah penghubung antara kita dengan Allah dan segala alam ghaib.

Hebatnya generasi muslim dahulu. Syeikh Ahmad al-fathani menguasai 47 bidang ilmu termasuk politik, ekonomi, seni, budaya, kejuruteraan dan pentadbiran. Beliau turut mempunyai 7 jenis ilmu, antara yg menakjubkan adalah ilmu membedah tubuh manusia (perubatan), menghasilkan emas 24 karat menggunakan bahan campuran yang bukan daripada emas (kimia) dan memperkenalkan tempat menyemai tanaman (pertanian). Syeikh Ahmad al-fathani amat berpegang teguh kepada tiga asas agama Islam yg benar menurut jumhur ulama', iaitu fiqah mazhab syafie, aqidah ahlus sunnah wal jamaah serta tasauf dan tariqat. Apabila ku baca sejarah ulama' terdahulu, aku jadi malu dengan diriku sendiri. Besarnya himmah dalam menuntut ilmu, tulus cita-cita kerana Allah menghasilkan pencapaian peribadi yang begitu cemerlang. Tidak mensisihkan ilmu agama, memahami ilmu farhu ain, walau mempelajari bidang ilmu yang lain.

"Agama ialah pengetahuan yang disandarkan kepada Rasul dan kitab Allah yang diturunkan kepada mereka. Justeru, manusia amat berhajat kepada rasul untuk memberi jawapan bagi segala persoalan aqal. Maka jawapan kehidupan ini hanya dapat dihuraikan apabila adanya keimanan kepada rasul. pada rasul, Allah memberi penglihatan dan pengetahuan tentang hakikat diri manusia, rahsia alam zahir dan alam ghaib."

"Keimanan adalah kepercayaan yang ditasdiq pada hati tanpa ragu. Para sahabat memulakan keimanan mereka dengan beriman kepada rasulullah sallallahu alaihi wasallam melalui proses kajian dan penelitian siapa Muhammad sallallahu alaihi wasallam dari sudut akhlak, keluarga, tanda-tanda keNabian dan sebagainya sebelum berbaiah dengan 2 kalimah syahadah."

"Dengan keimanan kepada rasul tanpa ragu, membawa mereka mengimani segala rukun iman yang lain dengan yakin. akal menolak seorang rasul berdusta, tiada amanah, tiada bijaksana dan menyembunyikan ilmu."

akhir kalam, ingin ku titipkan nasihat syeikh Ibrahim Masran, jika kalian hendak membaca al-Quran berjuz-juz sehari bacalah, jika kalian hendak mengkhatam kan al-Quran berkali-kali dalam sehari lakukanlah, tapi selawat kpd nabi sallallahu alaihi wasallam janganlah kalian tinggalkan. 

Wallahualam. Dipetik dari kitab Allah Syariat & Hakikat.


Comments

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Hadiah Buat Nur Atiqah Ibrahim. ^^

Assalamualaikum.. Post kali nie khas buat anak usrah saya Nur Atiqah Ibrahim. Dia anak usrah saya yang sangat baik. Disebabkan group usrah kami ada 3 orang je (tiqah, ain, akak. haha.) kami jadi rapat, lebih-lebih lagi bergerak kerja dalam jabatan yg sama, JT. selalu lepas usrah, memang bercerita pasal JT. Haha. Tak pernah bosan dengar celoteh, bebelan budak-budak nie. Haha. Banyak kenangan dengan budak nie. Dialah penumpang sejati saya bila pergi meeting LTK. Lepas balik meeting mesti jalan-jalan, beli neslo ais (minuman kegemaran budak nie), cerita-cerita atas moto. Haha. Ingat lagi masa tu, waktu-waktu 'menggila', tugasan, test, projek bertingkek-tingkek, masing-masing meluahkan keserabutan, kesedihan masing-masing atas moto sambil menangis.  Sekarang nie masing-masing dah besar. Masa pantas berlalu. Hari demi hari, usia kita semakin meningkat dan tanggungjawab juga semakin banyak. Walaupun saya jarang jumpa kamu, tapi saya selalu dengar cerita kamu dari 'seseoran...

Daurah Isra' & Mi'raj, Pondok Ledang. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا  بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai pemimpin para pejuang, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai penuntun petunjuk Ilahi, Duhai makhluk yang terbaik, Selawat dan salam semoga tercurahkan atasmu, Duhai penolong kebenaran, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Wahai Yang Memperjalankanmu di malam hari, Dialah Yang Maha Melindungi, Engkau memperoleh apa yang kau peroleh sementara semua manusia tidur, Semua penghuni langit melakukan solat di belakangmu dan engkau menja...