Skip to main content

Ayah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا 
بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ



Terima kasih ayah kerana memberikan ku pendidikan hingga ke tahap ini dengan hasil keringat kerja ayah di bawah terik matahari. 

Ayah tetap menghulur nafkah buat ku, walau dirinya sedang sangat sempit.

Ayah mengorbankan banyak impian nya demi memberi pendidikan yang baik buat ku. 

Ayah tetap menjaga ku dengan sebaiknya walau dirinya sudah keletihan di penghujung usia. 
Ayah memahami ku walau kehendak dan keperluan ku di luar jangka fikir dan kemampuan ayah. Namun ayah tetap mengusahakan nya buat ku. 

Ayah tetap menyokong ku, melindungi ku, menemani ku untuk segala urusan pembelajaran ku agar aku berjaya menghabiskan nya dengan cemerlang.

Walau ayah kurang memberi didikan agama buat ku, namun ayah tidak pernah menghalang ku untuk keluar belajar ilmu agama bahkan ayah selalu memahami kehendak ku.

Ayah sangat baik terhadap ku dan kesemua ahli keluarga ku. Ayah selalu berkasih sayang dan ayah berkelakuan lemah lembut kepada ibu ku dan anak-anak perempuannya di setiap waktu.  

Ayah mendidik ku dengan selalu menunjukkan akhlak yang mulia kepada ku dan nasihat yang ikhlas. Ayah mendidik ku untuk selalu jujur. 

Ayah sangat sabar dengan ku, tidak pernah meninggi suara kepada ku walau dia dalam keadaan marah kepada ku. 

Ayah selalu mengasihani ku. Ayah selalu melindungi ku. 

Ayah tetap berkhidmat untuk ku, anak perempuannya walau dia sudah tua. Terima kasih ayah. Semoga aku tidak lupa jasamu, ayah. Semoga Allah menjadikan ku anak yang menyenangkan mu di sisa umur mu dan berbakti utk selepas kematianmu.  

Di sebalik pengorbanan ayah, ibu ku sentiasa di sisi ayah. Ibu selalu menenangkan ayah, ibu tetap bersama ayah ketika susah dan senang. Ibu seorang yang banyak merendah diri, pemalu, jujur, banyak bersyukur, kuat berdoa di setiap keadaan dan kuat bersangka baik serta tidak kenal putus asa. Ayah dan ibu ku banyak tersenyum. Ibu selalu bersifat ramah, berlapang dada dengan keburukan adab ku. Ibu selalu memaafkan ku. Ibu selalu tenang dan gembira walau banyak hal yang merunsingkan sehingga aku merasa rumah ku, syurga ku. Ayah ku amat menyayangi ibu, ibu lah yang menguatkan ayah, tetap setia bersama ayah, dalam semua keadaan ibu tidak meninggalkan ayah. Ibu selalu menolong ayah dari segi kewangan tanpa pengetahuan ayah. Ibu tetap mendoakan dan mendokong cita-cita ku kerana ibu selalu menginginkan ku untuk selalu menjadi tangan yg di atas. 

Ibu mengerjakan semua kerja-kerja rumahtangga dengan tangannya sendiri. Ibu tidak membebani fikiran ayah dengan kerja-kerja rumah. Ibu melakukannya sendirian tanpa memaksa sesiapa pun untuk membantunya. Ibu mendidik kami untuk membantunya atas sikap ihsan tanpa perlu memaksa. Ayah selalu membantu ibu ku membuat kerja-kerja rumah. Ayah ku menjahit kain-kain yang terkoyak sedangkan ibu ku seorang penjahit sungguhpun jahitan ayah tidak kemas, ayah ingin membantu ibu ku. Ketika ibu ku sibuk di dapur, ayah tidak hanya tidur atau goyang kaki, sedikit sebanyak ayah pasti membantu. 

Ayah selalu memuji sikap ibu yang jujur, di hadapan ku. Kerana sikap ibu yang pemalu dan banyak bersyukur, ayah mengasihi ibu ku.


Segala puji bagi Allah, Tuhan yg memerintahkan ku untuk bersyukur dan berbuat baik kepada kedua orang tua, yg telah mendorong ku untuk meraih kemuliaan berbakti dan berbuat baik dihadapan mereka, yg telah menganjurkan ku untuk merendahkan diri kepada mereka dengan penuh kasih sebagai bentuk penghormatan dan pemuliaan, serta mewasiatkan ku untuk memohonkan kasih sayang Allah bg mereka sebaimana mereka mendidik dan membimbing ku sewaktu kecil. 


Ya Allah berbuat baiklah kpd mereka dgn kebaikan yg jauh lebih banyak dari semua kebaikan mereka kpd ku. Ya Allah, bg setiap ayat suci yg ku baca, solat ku yg Engkau terima, amal solehku yg Engkau redhoi, serta sedekah ku yg Engkau lipat gandakan pahalanya, berilah mereka bahagian yg lebih banyak dari bahagian ku, dan pahala yg jauh lebih besar dari pahala ku kerana Engkau yg mewasiatkan ku agar aku berbuat baik kpd mereka. sesungguhnya Engkaulah yg lebih layak berbuat baik kpd org tuaku dari semua yg berbakti kpd org tuanya dan Engkaulah yg lebih berhak utk melakukan kebajikan tersebut drpd mereka yg Engkau perintahkan. 

-Bait doa ketika di Majlis hubabah ummu salim-



Comments

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Jaulah Meneladani Keperibadian Sayyidah Fatimah az-Zahra (Part 1) :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Yaa syaikhana.. ya syaikhana.. Syaikh Ibrahim Masran.. Ya habibana.. ya habibana.. nuhibbukum fillah.. Antum mursyiduna.. antum thobibuna.. Murabbi ruhina.. Allah yahfazukum.. Duhai tuan guru.. duhai tuan guru.. Syeikh Ibrahim Masran.. Engkau pemimpinku, engkau pembimbingku, ku mengasihimu.. Engkaulah sinaran.. dalam kegelapan.. Engkaulah minuman.. dalam kehausan.. Tegas ajaranmu, lembut didikanmu, melentur jiwaku.. Mengajarkan ilmu, tanpa rasa jemu, hilangkan jahilku.. Engkaulah penyuluh.. dalam kesamaran.. Engkaulah perungkai dalam kekusutan.. Mengenalkan Tuhan.. rasa kehambaan.. adab kesufian.. Mencintai nabi, indahkan rohani, murni dari hati.. Engkaulah penunjuk.. jalan kebenaran.. Engkaulah pembimbing.. jalan keedhoan.. -Qasidah ya Syaikhana Syaikh Ibrahim Masran- (Pondok Ledang, Ramadhan 2017) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhhh.. phew~ Allah.. lama banget nie tak menulis di ...

'La Taqnatu, Usah berputus asa!'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Rasulullah saw bersabda : "Insan sempurna dari kalangan lelaki itu ramai. Tiada sempurna daripada wanita kecuali empat iaitu Khadijah Binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad, Asiah Binti Muzahim dan Maryam Binti Imran. Kelebihan Aisyah berbanding wanita lain pula umpama tsarid berbanding makanan selainnya." "Siapa kita hendak berputus asa dengan diri sendiri jika Allah Taala tidak pernah berputus asa dengan hamba-hamba-Nya" Ketahuilah hai diri, tidak ada noktah perjuangan dalam menjadi mawar agama.  "Selagi mana kita...