بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Kisah cinta luar biasa dari seorang anak kecil kepada baginda Nabi saw. Terjadi satu kisah di zaman Syeikh Abdur Rahman Ad-Diba'i. Ketika sedang berkumpul dengan orang di kota Zabid (hujung kota Yaman) untuk berziarah ke makam Sayyidina Muhammad saw di kota Madinah.
Jarak perjalanannya memerlukan waktu selama 2 minggu. Ketika rombongan tadi hendak bergerak ke kota Madinah datang seorang anak kecil sekitar 8 tahun, wahai Syeikh saya hendak ikut ziarah ke makam Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam.
Tapi permintaan anak kecil itu tidak diizinkan oleh Syeikh, kerana kamu nanti membuat susah, orang hendak ke sini kamu hendak ke sana. Lalu syeikh bertanya kepada anak kecil itu, kenapa kamu sangat ingin ikut. Lalu anak itu berkata "wahai Syeikh percayalah saya sangat rindu dengan Rasulullah".
Namun dijawabnya, ''Sudahlah kamu tetap tak boleh ikut.''
Maka berjalanlah rombongan tadi. Setibanya di kota Madinah tepatnya dimakamnya Sayyidina Muhammad saw, terkejutlah Syeikh Abdur Rahman Ad-Diba'i kerana melihat anak kecil itu ada dihadapannya.
''Wahai anak kecil, dari mana kamu datang ? Bagaimana kamu dapat ikut.''
''Ketika kalian berangkat, saya masuk dalam kotak/peti ikut bersama rombongan ziarah ke makam Sayyidina Muhammad saw.''
''Kata Syeikh, saya tidak hairan kalau kamu masuk peti, tapi selama 2 minggu kamu makan dan minum dari mana, tidak makan dan tidak minum.''
''Wahai Syeikh sungguh saya dilupakan dari makan dan minum kerana sangat rindu kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam ''.
Anak kecil tadi pun bertanya..
''Wahai Syeikh apakah benar tanah ini pernah di pijak Rasulullah saw?''
Kata Syeikh ''ya". Kemudian anak tersebut mengambil tanah itu lalu diciumnya tanah tersebut, terus anak kecil itu tiba-tiba rebah seakan-akan pengsan.
Rupanya anak kecil itu telah wafat. Anak kecil itu di kebumikan di luar kota Madinah kerana orang luar. Kemudian kesemuanya terus mengerjakan umrah.
Saat pulang, Syeikh teringat kepada anak tadi, lalu datang menziarahi makam anak itu. Ketika syeikh melihat keadaan makam itu, menjadi bingung. Kerana kubur itu diluar kota Madinah tapi beransur-ansur bergeser masuk kota Madinah mendekati makam Sayyidina Muhammad Rasulullah saw. Maka menangislah Syeikh Abdur Rahman Ad-Diba'i. Sehingga kini makam tersebut masih ada dan makam tersebut ada di seberang Masjid Nabawi.
''Wahai anak kecil betapa hebat dan mulianya kamu, sewaktu kecil kamu rindu hendak ziarah ke makam Sayyidina Muhammad Rasulullah saw, dan sewaktu kamu wafat kamu juga rindu kepada Rasulullah...''
Syeikh Abdur Rahman Ad-Diba'i pun menangis di dalam rumahnya “Aku ini adalah seorang imam tapi aku malu melihat kecintaan seorang anak yang sangat mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam . Dan sang Imam pun menulis riwayat perjalanan anak kecil tersebut di Maulidnya.
Hebatnya cinta anak kecil kepada Habibana Sayyidina Rasulullah saw.
-Kitab Maulid Ad Diba'i-
Ku yakini bahawa setiap insan pasti merindui zaman kanak-kanak yang telah dilaluinya. Fikiran yang tenang, lapang, gembira, tiada apa yang perlu dirisaukan.
Imam Ghazali menceritakan bahawa, Seorang Syeikh mengatakan:
"Jika kamu ingin menjadi orang yang soleh (waliyullah) ubahlah perlakuanmu menjadi seperti perilaku anak-anak."
"Kenapa?" ia ditanya.
"Anak-anak memiliki lima sifat" ia menjawab, "dan jika orang dewasa memiliki sifat-sifat yang sama, mereka akan mencapai peringkat dari auliya":
1. Mereka tidak khawatir tentang penyediaan keperluaan sehari-hari mereka.
2. Ketika mereka jatuh sakit mereka tidak mengeluh siang dan malam hari tentang nasib buruk mereka.
3. Apapun makanan yang mereka miliki, mereka berbagi.
4. Ketika mereka berkelahi atau bertengkar, mereka tidak menyimpan dendam di hati mereka, tetapi memaafkan dan melupakan secepatnya.
5. Sedikit Ancaman akan membuat mereka ketakutan dan menjatuhkan air mata dari mata mereka.
Iya, keadaan emosi yang seharusnya menjadi bekal dalam mengharungi kehidupan ini sama sahaja seperti di waktu-waktu kecil kita, bermaksud tiada apa yang perlu dikhuatirkan tentang rezekimu, makan minummu semuanya telah ditentukan Allah Taala jua, yang seharusnya menjadi tumpuan dihatimu itu adalah ketaqwaan kepada Allah.
Pesan ummi,
"Syeikh selalu pesan ngaji aqidah betul-betul. Faham betul-betul aqidah, settlekan dulu aqidah kita, insyaAllah kita takda risau apa, tak stress. Apa-apa yang jadi pun kita tenang aje, sebab yakin semuanya dari Allah."
Duhai diri, setiap kali engkau merasa berat untuk berselawat, ingat-ingatlah selalu kisah anak kecil yang rindu hendak menziarahi makam Nabi saw. Berusahalah untuk menjadi seperti anak kecil itu.
JengJeng. KEM Generasi al-Quran SRITI Gelang Patah 2017. Mana mungkin ku lupakan, AJK makanan dan Modul kisah dalam al-Quran. First time buat modul kisah dalam al-Quran, tak mudah sebenarnya. huhuhu. Allah jua Maha Tahu. Memang tak mudah, kadang terkejar-kejar nak siapkan modul, takda idea, tapi disebalik kesusahan yang dilalui sedikit demi sedikit hikmahnya terlihat, pasti ada sesuatu yang Allah ingin ajar pada diriku, "wahai hambaku, sibukkanlah selalu dirimu dengan al-Quran, nanti engkau akan merasai keindahan dan kemanisan al-Quran yang tidak dapat engkau cari dimana-mana melainkan daripada al-Quran."
"Nasuhah, jadi tau kita punya modul"
"Modul apa kak?"
"Kisah dalam al-Quran. kita berdua handle"
"kak, saya tak pandai. Ilmu masa seminar tu sekadar ilmu je, tak apply lagi saya tak nampak sangat."
"Takpe, kita buat je dulu"
"ok kak"
Itulah dia, kak Siti Sarah Mustaffa. Sangat mencintai al-Quran. Semoga Allah menjadikan akhlakmu seperti al-Quran, kak. Kuat semangatnya, padahal waktu tersebut sudah menunggu-nunggu hari untuk bersalin. Cergas betul orangnya, kesana, kemari. Selalu rasa malu dengan kak sarah. Sepanjang gerak kerja kem, selalu 'observe' beliau dari jauh, tanpa beliau sedari. kuikui. Sehingga satu hari terbaca satu doa yang ditulisnya dalam satu buku,
"Muhammad Yusuf, semoga akhlakmu seindah akhlak al-Quran, anak"
Semoga Allah memakbulkan segala hajat-hajatmu, kak.
"Nasuhah, akak rasa kena cari back-up nie untuk slot akak. tadi pagi check-up nurse kata kepala baby dah turun bawah. bila-bila je boleh bersalin. Awak back-up akak ea?"
"Allahu, saya kak? saya tak pandai..jujur"
Kelakar pulak teringat detik-detik keserabutan cari back-up kak sarah. Semua pun tak reti sangat nak bercerita dengan cara yg menarik kat budak-budak supaya budak tak 'krik-krik'.
"Nasuhah, kalau akak beranak malam nie macam mana?"
"Ya Allah kak, Akakkkkkkk... jangan jangan jangan... Pleaseee"
"hahaha, saje je sakat awak. Tak kut"
"Baby, jangan keluar malam nie tau"
"hahaha"
"Baby, jangan keluar malam nie tau"
"hahaha"
Dah selamat bersalin pun kak sarah. Allahamdulillah. Ini dia anak bertuah, Maryam Annisa 15 Januari 2018 :) Semoga akhlakmu seindah namamu, anak.
Rindu anak-anak kem Gen-Q. Rindu keindahan dunia kanak-kanak mereka. Semoga Allah menjaga anak-anak kem Gen-Q :)
Segala jalan yang telah kulalui, segala pertemuan pasti berakhir.
Namun suka duka yang telah terukir, tersemat dihati. :)
Comments
Post a Comment