بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Proses Kelahiran Sayyidah Fatimah az-Zahra Diriwayatkan bahawasanya, sesungguhnya Nabi saw bersabda : "Jibril datang kepadaku membawa buah epal dari syurga. Maka aku memakannya dan kemudian bergaul dengan Khadijah, kemudian Khadijah mengandungkan Fatimah zahra seraya berkata Khadijah : "Sungguh aku telah mengandung dengan kandungan yang ringan (tiada beban sedikitpun)". Maka ketika Khadijah hendak melahirkan, beliau mengutus kepada para wanita Quraisy supaya mereka datang kepada Khadijah untuk membantunya proses persalinannya. Namun mereka tidak melakukannya. Kemudian para wanita itu mengatakan : "kami tidak akan datang memenuhi panggilan engkau kerana engkau telah menjadi isteri Muhammad saw". Maka pada saat-saat seperti itu, tiba-tiba masuk menemui Khadijah empat orang wanita dengan paras yang rupawan dan bercahaya yang tidak dapat digambarkan. Maka salah seorang daripada ke empat mereka berkata : "Aku adal...