Skip to main content

Barangsiapa yg tetap pendirian, maka dia berjaya!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kelebihan apabila seseorang tetap pendirian akan mendapat kejayaan dan berkembang maju. Jika dia belum berjaya mencapai cita-cita/matlamat/tujuannya sekalipun, namun jika dia tetap pendirian dengan cita-cita/matlamat/tujuannya, maka dia akan sentiasa berkembang maju, hidupnya akan semakin baik sehingga dia mencapai tujuannya.

Kejayaan sebenar adalah apabila kita selamat daripada api neraka dan dimasukkan kedalam syurga. Kejayaan itu dilihat daripada tujuan kejayaan. kejayaan itu mesti muafakat dengan redha Allah dan sunnah rasulullah. Kalau takda redha Allah disitu, ia tak berjaya.

Nilai kejayaan dilihat daripada tujuan dan tujuan berjaya mesti terikat dengan redha Allah. Orang yg berjaya, menjadikan al-Quran sebagai petunjuk.

Jadi, jika mahu berjaya, mesti teguh, tetap pendirian dan istiqamah! :)


Hakikat menjadi orang yg beriman, dia akan selalu menempuhi mehnah. Dan barangsiapa yg bersabar, dia akan beruntung.


Tak namanya sabar kalau tak diuji. Sesungguhnya Allah bersama orang yg sabar. Orang yg mencari kebahagiaan dunia dan akhirat, akan menempuh mehnah. Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal merupakan pejuang agama, ar-Rijal, tak kalah dengan ujian, cekal, tabah dan tetap pendirian. Tetap pendirian untuk menjaga syiar agama (pakat flashback nah sirah dua insan ar-Rijal nie).

Sabar itu menahan diri. Nak marah, tahun. Nak mengumpat, tahan. Nak suuzon kat org, tahan. Nak putus asa, tahan. Nak bermaksiat, tahan. Dan didalam berpuasa itu paling banyak sabar. Puasa itu sabar. Orang yg dibukakan hati oleh Allah untuk bersabar, bermaksud Allah nak beri dia keuntungan. Kene ingat sokmo, bila Allah uji, Dia nak bagi untung. Nak untung, kene sabar.

Dipetik daripada kuliah Ustaz Syafiq, Pondok Ledang, Kitab Fathul Khollaq.

:)

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Jaulah Meneladani Keperibadian Sayyidah Fatimah az-Zahra (Part 1) :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Yaa syaikhana.. ya syaikhana.. Syaikh Ibrahim Masran.. Ya habibana.. ya habibana.. nuhibbukum fillah.. Antum mursyiduna.. antum thobibuna.. Murabbi ruhina.. Allah yahfazukum.. Duhai tuan guru.. duhai tuan guru.. Syeikh Ibrahim Masran.. Engkau pemimpinku, engkau pembimbingku, ku mengasihimu.. Engkaulah sinaran.. dalam kegelapan.. Engkaulah minuman.. dalam kehausan.. Tegas ajaranmu, lembut didikanmu, melentur jiwaku.. Mengajarkan ilmu, tanpa rasa jemu, hilangkan jahilku.. Engkaulah penyuluh.. dalam kesamaran.. Engkaulah perungkai dalam kekusutan.. Mengenalkan Tuhan.. rasa kehambaan.. adab kesufian.. Mencintai nabi, indahkan rohani, murni dari hati.. Engkaulah penunjuk.. jalan kebenaran.. Engkaulah pembimbing.. jalan keedhoan.. -Qasidah ya Syaikhana Syaikh Ibrahim Masran- (Pondok Ledang, Ramadhan 2017) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhhh.. phew~ Allah.. lama banget nie tak menulis di ...

'La Taqnatu, Usah berputus asa!'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Rasulullah saw bersabda : "Insan sempurna dari kalangan lelaki itu ramai. Tiada sempurna daripada wanita kecuali empat iaitu Khadijah Binti Khuwailid, Fatimah Binti Muhammad, Asiah Binti Muzahim dan Maryam Binti Imran. Kelebihan Aisyah berbanding wanita lain pula umpama tsarid berbanding makanan selainnya." "Siapa kita hendak berputus asa dengan diri sendiri jika Allah Taala tidak pernah berputus asa dengan hamba-hamba-Nya" Ketahuilah hai diri, tidak ada noktah perjuangan dalam menjadi mawar agama.  "Selagi mana kita...