Skip to main content

Merendahlah kerana Allah, nescaya engkau akan ditinggikan Allah! (tawadhu')

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا 
بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ



Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.(Al-Baqarah 2:34)


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. (Al-A'raaf 7:11)


TG Syeikh Ibrahim Masran menjelaskan ada 2 sifat pada iblis yang menyebabkan dia ingkar untuk menta'zim Nabi Adam as atas perintah Allah iaitu: (1) Sifat tidak mahu menurut perintah Allah (2) Takabbur. 

Apa yang menyebabkan Iblis takabbur?


Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." (Al-A'raaf 7:12)



Allahu Allah.. Inilah dia penyakit yang bahaya. Penyakit merasa 'aku lebih baik dari dia'. Itulah takabbur. Maksud takabbur ialah memandang dirinya mulia dan merendahkan/menghinakan orang lain. Memuliakan diri dan menghinakan orang lain. Ia boleh terkena kepada sesiapa sahaja termasuk ulama'. Maka, ayuhlah sahabat kita menuntut ilmu dan mencari guru mursyid supaya dibersihkan hati kita ini dari sifat mazmumah dan dimasukkan sifat mahmudah. Mudah-mudahan Allah selamatkan hati kita dari sebarang sifat tercela. Allahumma Aamiin. 

Iblis adalah makhluk Allah yang 'alim (berilmu) dan kuat beribadah kepada Allah, bahkan lebih 'alim dan lebih kuat ibadahnya daripada malaikat. 

Dikisahkan oleh KH Zaini mengenai sejarah makhluk yang bernama Iblis:

"...tatkala itu iblis sudah menjadi guru mengajar 80 000 tahun yang mana muridnya adalah malaikat. selain itu, iblis juga menjadi khatib yang tidak ada tandingannya selama 80 000 tahun juga. yang mendengar khutbahnya juga para malaikat. gara-gara Iblis diberi pangkat menjadi khatib, menjadi guru, timbul rasa sombong dalam dirinya. sombong itu dari ujub. ujub itu lupa akan anugerah Allah...

...ketika mana Allah menjadikan Nabi Adam daripada tanah, yang ertinya Nabi Adam itu lebih muda usianya dan iblis itu tua, cuma Nabi Adam itu diberi pengetahuan oleh Allah yang disebut ilmu ladunni, diperintahkan oleh Allah makhluk-makhluk yang terdahulu termasuk iblis diperintahkan untuk hormat (merendah diri, tidak sombong) dengan Nabi Adam..."

guru al-Quran ku juga pernah berkata, menjaga tawadhu' dalam hubungan guru dan murid adalah paling susah. Antara cara paling mujarab untuk seseorang guru menjaga tawadhu' yang diajarkannya adalah berlapang dada, sangka baik, memaafkan dan mendo'akan. jika murid melawan/tidak mengikut nasihat/su'ul adab maka berlapang dadalah, kerana dia berbuat silap tanpa ilmu. jika dia tahu dan faham, pasti dia tidak melakukannya. Maafkanlah dia atas kekurangan ilmunya dan selagi mana kita sabar, itu berbuah pahala untuk kita. dan do'akan moga Allah memberikan kepadanya taufiq dan hidayah.  

Dengarlah juga kisah antara guru dan murid yang diceritakan oleh habib Jindan ini:



Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat-sifat yang keji dan kurniakanlah kepada hati kami sifat tawadhu' seperti tawadhu' nya Nabi Muhammad SAW.

Berbalik kepada 2 sifat (1) Sifat tidak mahu menurut perintah Allah (2) Takabbur, kata TG Syeikh Ibrahim, penyebab utama tak menurut perintah Allah adalah rasa 'tak mahu/tak nak' yang akhirnya pergi kepada takabbur. Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang 'kami mendengar, dan kami taat'. Allahumma aamiin.

T.A.W.A.D.H.U'

Tawadhu' ialah tiada dia melihat dirinya lebih dari orang lain. Tawadhu' bermakna selalu melihat dirinya berdosa lagi jahat. Jika dia seorang ilmuwan/hartawan, tidak boleh dia merasa seperti 'mempunyai' ilmu/harta secara mutlak, kerana semua yang ada dilangit dan bumi adalah miliknya Allah. Jadi, kita tidak boleh merasakan kita memiliki sesuatu melainkan mengembalikan ia yg kita miliki kepada Allah, yang Memilikinya dengan mutlak. Jika Dia hendak memberi, kepada siapa dan bila-bila pun Allah boleh memberi, jika Dia hendak mengambil, daripada siapa dan bila-bila pun Allah boleh mengambil. 

Tetaplah kita merasa dan melihat diri kita orang yang berdosa. Kita ini lahir-lahir sudah ada kemungkinan yg amat besar untuk membuat kesalahan/dosa. Mengaku lah akan dosa dan kesalahaan diri. Yang tiada salah Nabi sahaja, tetapi para Nabi di akhirat tetap mengaku ada salah, tapi tetap di hari akhirat, para Nabi mengaku salah. 

Sudah-sudahlah kita mencari kesalahan orang lain kerana sikap keras kepala ingin menang dan tak mahu mengaku kesalahan diri. Janganlah kita memandang hina orang yang bermaksiat kepada Allah kerana belum tentu selamanya dia bermaksiat kepada Allah, dan belum tentu selamanya kita taat pada Allah. Boleh jadi, dia bermaksiat sekarang tetapi jika Allah memberinya taufiq dan hidayah dia menjadi orang yang taat sehingga akhir hayatnya.


 

kalam TG Syeikh Ibrahim Masran..




Akhir kata, nikmat tawadhu' adalah nikmat yang tak akan didengki oleh orang lain..  Ya Allah, kurniakanlah kepada hati kami sifat tawadhu' seperti tawadhu' nya Nabi Muhammad SAW. Wallahu'alam..


Comments

Popular posts from this blog

Kitab Muhimmah (Part 1 : Pengenalan Kitab)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Berikut merupakan nota syarahan Kitab Muhimmah daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Selalu dengar orang nasihat, perempuan elok ngaji kitab nie. Kata ustaz azhar idrus, perempuan yang akan bernikah elok ngaji kitab nie supaya perempuan itu dapat menjaga diri daripada perbuatan yang menyebabkan dia rugi diakhirat kelak. Ini adalah ilmu fardhu ain. Secara ringkasnya, kitab ini ada dua bahagian, bahgian untuk orang perempuan dan bahagian untuk orang lelaki. Orang perempuan kalau nak jadi muslimat yang sejati, nak jadi muslimat yang masuklah mana-mana pintu syurga yang dia nak, pakat ngaji kitab nie.  Pengarang Kitab Muhimmah Kata pengarang kitab, inilah Kitab yang dinamakan Muhimmah yang bermaksud yang penting, pada membicarakan kelebihan dan kepujian atas perbuatan isteri bagi suaminya dan membicarakan segala kecelaan pada meninggalkannya perbuatan dan derhakanya isteri. Kitab karangan Syeikh Abdullah Ibnu Rahim Fathani. ...

Hadiah Buat Nur Atiqah Ibrahim. ^^

Assalamualaikum.. Post kali nie khas buat anak usrah saya Nur Atiqah Ibrahim. Dia anak usrah saya yang sangat baik. Disebabkan group usrah kami ada 3 orang je (tiqah, ain, akak. haha.) kami jadi rapat, lebih-lebih lagi bergerak kerja dalam jabatan yg sama, JT. selalu lepas usrah, memang bercerita pasal JT. Haha. Tak pernah bosan dengar celoteh, bebelan budak-budak nie. Haha. Banyak kenangan dengan budak nie. Dialah penumpang sejati saya bila pergi meeting LTK. Lepas balik meeting mesti jalan-jalan, beli neslo ais (minuman kegemaran budak nie), cerita-cerita atas moto. Haha. Ingat lagi masa tu, waktu-waktu 'menggila', tugasan, test, projek bertingkek-tingkek, masing-masing meluahkan keserabutan, kesedihan masing-masing atas moto sambil menangis.  Sekarang nie masing-masing dah besar. Masa pantas berlalu. Hari demi hari, usia kita semakin meningkat dan tanggungjawab juga semakin banyak. Walaupun saya jarang jumpa kamu, tapi saya selalu dengar cerita kamu dari 'seseoran...

Daurah Isra' & Mi'raj, Pondok Ledang. :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا  بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai pemimpin para pejuang, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Duhai penuntun petunjuk Ilahi, Duhai makhluk yang terbaik, Selawat dan salam semoga tercurahkan atasmu, Duhai penolong kebenaran, Ya Rasulullah, Selawat dan salam semoga tercurahkan padamu, Wahai Yang Memperjalankanmu di malam hari, Dialah Yang Maha Melindungi, Engkau memperoleh apa yang kau peroleh sementara semua manusia tidur, Semua penghuni langit melakukan solat di belakangmu dan engkau menja...