Setelah sekian lamanya tak buka dan baca telegram di group kalam ulama’, berpuluh-puluh, beratus-ratus notifications tak dibaca. Huhuhu. Kalam ulama’ ibarat air sejuk yang melegakan tekak, menghilangkan kehausan, menyegarkan badan. Kalam ulama’ menyejukkan hati, menarik hati kembali ke jalan yang benar. "Berkhidmat kepada kedua orang tua, akan menjadi penebus bagi dosa-dosa besar." [Imam Ahmad ibn Hanbal رحمه الله تعالى] "Jawatan adalah perantara. Akan tetapi tujuan utama adalah dakwah dan khidmat kepada penghulu dakwah iaitu Saiyyidina Muhammad ﷺ." [Habib Abu Bakar Al-Adni bin Ali Al-Masyhur] "Barangsiapa ingin berkhidmat demi Islam, perlu sedia menerima penderitaan di mana jua dia berada." [Habib Ali Al-Jufri] "Sebaik-baik khidmat di muka bumi ini adalah khidmat berdakwah kepada agamaNya. Usia muda adalah sangat kritikal / penting kerana ianya adalah usia yang mudah tergoda dengan bisikan syaitan dan hawa nafsu." [Hab...