Wahai si penuntut ilmu, berkorbanlah. Kalau perlu berpuasa untuk beli kitab, berpuasalah. Kalau perlu berniaga agar dapat musafir bertalaqqi dengan guru, berniagalah. Kalau perlu menahan sedikit lapar agar dapat hadir ke daurah-daurah ilmu yang jauh, bertahanlah. Kalau perlu tidur 2,3 jam saja sehari berjaga malam untuk faham satu-satu bab, lakukanlah. Kalau perlu baca berpuluh kali bahkan ratusan kali untuk hadam sesuatu permasalah, bacalah. Kalau perlu solat sunat berkali-kali agar daya fokus makin tajam, solatlah. Kalau perlu menyemak puluhan mu'jam untuk faham satu perkataan, semaklah. Kalau perlu bertemu puluhan guru untuk faham sesuatu bab, lakukanlah. Perjalanan menuntut ilmu ini terlalu panjang. Tubuh pasti penat, mata pasti letih, tapi insyaAllah jiwa pasti tenang. Dan kalau perlu menangis kerana letihnya menuntut ilmu, menangislah. InsyaAllah di situ adanya kekuatan. Hidup tanpa ilmu bagaikan malam tanpa bintang. C/p ...