Dalam syarahan kitab anak kunci syurga, bab rukun solat (membaca al-fatihah), syeikh berkata: “Rebutlah peluang pengampunan dosa disaat kita menyebut aamiiinn selepas membaca al-fatihah didalam solat kita. Kerana kita terlalu banyak dosa. Dosa yang kecil itu jangan selamanya dipandang kecil kerana dosa yang kecil apabila dikumpul maka jadilah ia dosa besar. Melihat aurat wanita bukan mahram itu berdosa. Terkadang kita selalu memandang remeh soal ini.” Kemudian syeikh bercerita tentang sirah seorang sahabat nabi yang bernama Abdul Rahman Bin Tsa’labah. Suatu hari rasulullah memintanya untuk membeli barang. Beliau adalah pembantu rasulullah maka beliau pun pergi membeli barang tersebut. Semasa didalam perjalanan hendak membeli barang, beliau melalui sebuah rumah dan tidak semena-mena datang pula angin yang menyebabkan terselaknya kain dipintu rumah tersebut. Lalu terlihatlah oleh Abdul Rahman Bin Tsa’labah akan aurat seorang wanita yang sedang berkemban tanpa sengaj...