Skip to main content

Posts

'Jalan' Itu Tidak Mudah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Dan jalanlah engkau kepada Tuhanmu tanpa cuai, Dan hendaklah perbaharukan taubat dari dosa-dosa, Serta jangan putus asa akan rahmat Tuhan yang sangat pengampun jua, Dan jadilah engkau atas nikmat-nikmatnya bersyukur jua. Dan jadilah engkau atas bala-balanya bersabar saja, Dan tiap-tiap perkara adalah dengan qadha dan qadar, Dan tiap yang disurat maka tiada darinya keluar,  Maka jadilah engkau padanya berserah diri agar engkau dapat menjaga diri. Serta turutlah jalan yang abidin lagi berilmu, Dan bebaskanlah hati dari segala yang menipu, Dengan bersungguh-sungguh dan berjaga dimalam hari, Dan berfikir dan berzikir tanpa henti-henti. Lagi menjauhi akan segala dosa, Lagi memerhati akan Allah disetiap keadaan,  Agar menjangkau tanda-tanda ketinggian, Dan sebutlah dengan kerendahan, Tuhanku janganlah aku Engkau putuskan, Dari Engkau dengan pemutus dan janganlah aku Engka...

Hadiah Buat Nur Atiqah Ibrahim. ^^

Assalamualaikum.. Post kali nie khas buat anak usrah saya Nur Atiqah Ibrahim. Dia anak usrah saya yang sangat baik. Disebabkan group usrah kami ada 3 orang je (tiqah, ain, akak. haha.) kami jadi rapat, lebih-lebih lagi bergerak kerja dalam jabatan yg sama, JT. selalu lepas usrah, memang bercerita pasal JT. Haha. Tak pernah bosan dengar celoteh, bebelan budak-budak nie. Haha. Banyak kenangan dengan budak nie. Dialah penumpang sejati saya bila pergi meeting LTK. Lepas balik meeting mesti jalan-jalan, beli neslo ais (minuman kegemaran budak nie), cerita-cerita atas moto. Haha. Ingat lagi masa tu, waktu-waktu 'menggila', tugasan, test, projek bertingkek-tingkek, masing-masing meluahkan keserabutan, kesedihan masing-masing atas moto sambil menangis.  Sekarang nie masing-masing dah besar. Masa pantas berlalu. Hari demi hari, usia kita semakin meningkat dan tanggungjawab juga semakin banyak. Walaupun saya jarang jumpa kamu, tapi saya selalu dengar cerita kamu dari 'seseoran...

Nasihat Buat Penuntut Ilmu.

Wahai si penuntut ilmu, berkorbanlah. Kalau perlu berpuasa untuk beli kitab, berpuasalah. Kalau perlu berniaga agar dapat musafir bertalaqqi dengan guru, berniagalah. Kalau perlu menahan sedikit lapar agar dapat hadir ke daurah-daurah ilmu yang jauh, bertahanlah. Kalau perlu tidur 2,3 jam saja sehari berjaga malam untuk faham satu-satu bab, lakukanlah. Kalau perlu baca berpuluh kali bahkan ratusan kali untuk hadam sesuatu permasalah, bacalah. Kalau perlu solat sunat berkali-kali agar daya fokus makin tajam, solatlah. Kalau perlu menyemak puluhan mu'jam untuk faham satu perkataan, semaklah. Kalau perlu bertemu puluhan guru untuk faham sesuatu bab, lakukanlah. Perjalanan menuntut ilmu ini terlalu panjang. Tubuh pasti penat, mata pasti letih, tapi insyaAllah jiwa pasti tenang. Dan kalau perlu menangis kerana letihnya menuntut ilmu, menangislah. InsyaAllah di situ adanya kekuatan. Hidup tanpa ilmu bagaikan malam tanpa bintang. C/p ...

'Hadiah' buat anak usrah yg disayangi, Nurul Ain. :)

Assalamualaikum. Post kali nie merupakan 'hadiah' special khas buat Nurul Ain. Mula-mula kenal budak nie masa meeting JT LTK. Dia junior saya. Haha (Baik budak nie~). Soalan pertama yg saya dapat dari budak nie adalah.. "Assalam kak. Sejak saya duduk JT nie, saya rasa sikap saya dah berubah lah kak. Erm. saya jadi macam tegas, garang, sampai ada beberapa sahabat muslimat yg saya rapat perasan perubahan sikap sy nie. Akak rasa macam mana?" Hmm.. First time ada junior tanya soalan gini, selalunya junior tanya macam mana nak buat tamrin.. Jabatan Tamrin (JT) merupakan antara jabatan yg terkenal dengan 'kesibukannya'. Sibuk dengan tamrin-tamrin yang sentiasa bertali arus dan berulang-ulang setiap semester, meeting bertingkek-tingkek perlu dihadiri. Fuh~ Bila handle program, mula lah berhadapan dengan kerenah AJK, (ahli).  "Alah~ AJK ahli kot, apa yg payah nya. Mesti dah fahamkan~ " Ya, benar. Memang dah faham. Namun, keikhlasan itu ben...

Barangsiapa yg tetap pendirian, maka dia berjaya!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Kelebihan apabila seseorang tetap pendirian akan mendapat kejayaan dan berkembang maju. Jika dia belum berjaya mencapai cita-cita/matlamat/tujuannya sekalipun, namun jika dia tetap pendirian dengan cita-cita/matlamat/tujuannya, maka dia akan sentiasa berkembang maju, hidupnya akan semakin baik sehingga dia mencapai tujuannya. Kejayaan sebenar adalah apabila kita selamat daripada api neraka dan dimasukkan kedalam syurga. Kejayaan itu dilihat daripada tujuan kejayaan. kejayaan itu mesti muafakat dengan redha Allah dan sunnah rasulullah. Kalau takda redha Allah disitu, ia tak berjaya. Nilai kejayaan dilihat daripada tujuan dan tujuan berjaya mesti terikat dengan redha Allah. Orang yg berjaya, menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Jadi, jika mahu berjaya, mesti teguh, tetap pendirian dan istiqamah! :) Hakikat menjadi orang yg beriman, dia akan selalu menempuhi mehnah. Dan barangsiapa yg bersabar, dia akan beruntung. Tak ...

Tholibul Ilmu penuh makna bersama para 'Bidadari Bumi'. :)

ya Rasulullah, kami rindu padamu. :') Hari yg ditunggu telah tiba, 12-13 Jan 2017. Tholibul Ilmu Muslimat bersama Ustazah Fatimah Jindan, mengaji kitab solat orang-orang soleh. Subhanallah, ramai sgt yg dtg. Hampir 200 orang, ada yg datang dari KL, Muar, Singapore. Barakallahufik. Siapa yg pernah mendengar pengisian ustazah, pasti, pasti jatuh hati dgn beliau. Pernah dalam sesi soal jawab, ustazah ditanya, bagaimana utk menyampaikan pengisian yang menyentuh hati pendengar. Jawab ustazah. “kalian harus tahu bahawa niat menyampaikan utk menyentuh hati pendengar itu tidak dibolehkan. Hanya satu sahaja niat, sampaikan kerana Allah, lillah. Kalian harus menyayangi mereka dan sampaikan nasihat buat dirinya semata-mata ingin menyelamatkan mereka dari neraka. Perkara yg dari hati, pasti sampainya ke hati” Ustazah mendapat  tarbiyyah langsung drpd Habib Umar dan  hubabah Nur (zaujah Habib Umar). Sungguh, banyak akhlak mulia yg dapat dikutip dari diri beliau. Umur ustazah kira-...