Skip to main content

Posts

Nasihat Buat Penuntut Ilmu.

Wahai si penuntut ilmu, berkorbanlah. Kalau perlu berpuasa untuk beli kitab, berpuasalah. Kalau perlu berniaga agar dapat musafir bertalaqqi dengan guru, berniagalah. Kalau perlu menahan sedikit lapar agar dapat hadir ke daurah-daurah ilmu yang jauh, bertahanlah. Kalau perlu tidur 2,3 jam saja sehari berjaga malam untuk faham satu-satu bab, lakukanlah. Kalau perlu baca berpuluh kali bahkan ratusan kali untuk hadam sesuatu permasalah, bacalah. Kalau perlu solat sunat berkali-kali agar daya fokus makin tajam, solatlah. Kalau perlu menyemak puluhan mu'jam untuk faham satu perkataan, semaklah. Kalau perlu bertemu puluhan guru untuk faham sesuatu bab, lakukanlah. Perjalanan menuntut ilmu ini terlalu panjang. Tubuh pasti penat, mata pasti letih, tapi insyaAllah jiwa pasti tenang. Dan kalau perlu menangis kerana letihnya menuntut ilmu, menangislah. InsyaAllah di situ adanya kekuatan. Hidup tanpa ilmu bagaikan malam tanpa bintang. C/p ...

'Hadiah' buat anak usrah yg disayangi, Nurul Ain. :)

Assalamualaikum. Post kali nie merupakan 'hadiah' special khas buat Nurul Ain. Mula-mula kenal budak nie masa meeting JT LTK. Dia junior saya. Haha (Baik budak nie~). Soalan pertama yg saya dapat dari budak nie adalah.. "Assalam kak. Sejak saya duduk JT nie, saya rasa sikap saya dah berubah lah kak. Erm. saya jadi macam tegas, garang, sampai ada beberapa sahabat muslimat yg saya rapat perasan perubahan sikap sy nie. Akak rasa macam mana?" Hmm.. First time ada junior tanya soalan gini, selalunya junior tanya macam mana nak buat tamrin.. Jabatan Tamrin (JT) merupakan antara jabatan yg terkenal dengan 'kesibukannya'. Sibuk dengan tamrin-tamrin yang sentiasa bertali arus dan berulang-ulang setiap semester, meeting bertingkek-tingkek perlu dihadiri. Fuh~ Bila handle program, mula lah berhadapan dengan kerenah AJK, (ahli).  "Alah~ AJK ahli kot, apa yg payah nya. Mesti dah fahamkan~ " Ya, benar. Memang dah faham. Namun, keikhlasan itu ben...

Barangsiapa yg tetap pendirian, maka dia berjaya!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Kelebihan apabila seseorang tetap pendirian akan mendapat kejayaan dan berkembang maju. Jika dia belum berjaya mencapai cita-cita/matlamat/tujuannya sekalipun, namun jika dia tetap pendirian dengan cita-cita/matlamat/tujuannya, maka dia akan sentiasa berkembang maju, hidupnya akan semakin baik sehingga dia mencapai tujuannya. Kejayaan sebenar adalah apabila kita selamat daripada api neraka dan dimasukkan kedalam syurga. Kejayaan itu dilihat daripada tujuan kejayaan. kejayaan itu mesti muafakat dengan redha Allah dan sunnah rasulullah. Kalau takda redha Allah disitu, ia tak berjaya. Nilai kejayaan dilihat daripada tujuan dan tujuan berjaya mesti terikat dengan redha Allah. Orang yg berjaya, menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Jadi, jika mahu berjaya, mesti teguh, tetap pendirian dan istiqamah! :) Hakikat menjadi orang yg beriman, dia akan selalu menempuhi mehnah. Dan barangsiapa yg bersabar, dia akan beruntung. Tak ...

Tholibul Ilmu penuh makna bersama para 'Bidadari Bumi'. :)

ya Rasulullah, kami rindu padamu. :') Hari yg ditunggu telah tiba, 12-13 Jan 2017. Tholibul Ilmu Muslimat bersama Ustazah Fatimah Jindan, mengaji kitab solat orang-orang soleh. Subhanallah, ramai sgt yg dtg. Hampir 200 orang, ada yg datang dari KL, Muar, Singapore. Barakallahufik. Siapa yg pernah mendengar pengisian ustazah, pasti, pasti jatuh hati dgn beliau. Pernah dalam sesi soal jawab, ustazah ditanya, bagaimana utk menyampaikan pengisian yang menyentuh hati pendengar. Jawab ustazah. “kalian harus tahu bahawa niat menyampaikan utk menyentuh hati pendengar itu tidak dibolehkan. Hanya satu sahaja niat, sampaikan kerana Allah, lillah. Kalian harus menyayangi mereka dan sampaikan nasihat buat dirinya semata-mata ingin menyelamatkan mereka dari neraka. Perkara yg dari hati, pasti sampainya ke hati” Ustazah mendapat  tarbiyyah langsung drpd Habib Umar dan  hubabah Nur (zaujah Habib Umar). Sungguh, banyak akhlak mulia yg dapat dikutip dari diri beliau. Umur ustazah kira-...